Permainan Tradisional
Dublin Core
Title
Permainan Tradisional
Description
Permainan tradisional di Negeri Kelantan merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak dan ibu-bapa mereka. Salah satu aspek kebudayaan Melayu yang kurang mendapat penyelidikan ialah permainan. Kenyataan ini tidak memberi implikasi bahawa tidak ada kajian ilmiah yang telah diselenggarakan. Terdapat sejumlah permainan tradisional Kelantan, khususnya yang terdapat di kalangan rakyat yang belum mendapat perhatian sepenuhnya.