Permainan Wayang Kulit

Dublin Core

Title

Permainan Wayang Kulit

Subject

Permainan Tradisional

Description

Wayang kulit merupakan satu permainan tradisional yang wujud di Kelantan berabad lamanya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ianya berasal dari negara jiran -Thailand. Walauapapun, kewujudan permainan ini menjadikan budaya Kelantan dikenali. Dengan cerita dongeng yang diperdengarkan, menggunakan watak-watak yang mengundang gelak-ketawa, serta aksi Tok Dalang yang memainkan semua watak dengan alunan suara yang pelbagai, pastinya membawa kelainan. Terdapat beberapa tempat di Tumpat yang masih meneruskan permainan ini, dan salah satunya di Kampung Laut.

Wayang Kulit (The Shadow Play) is a traditional game that has existed in Kelantan since a long time ago. Some people said that it came from the neighboring country, Thailand. The traditional game makes Kelantan's culture very well-known. The main performer is called Tok Dalang who plays variable characters. There are a few places at Tumpat that still play the shadow play including Kampung Laut.

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Buku

Items in the Permainan Wayang Kulit Collection

Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani.…

Laksamana merupakan adik kepada Seri Rama yang di kategorikan sebagai watak halus dan baik. Tidak banyak perbezaan antara beliau dan abangnya. Beliau mempunyai banyak pengaruh ke atas Seri Rama kerana kecerdasan yang luas. Laksamana adalah seorang…

Watak Siti Dewi
Siti dewi adalah anak kepada Tuan Puteri Mandudaki. Tuan Puteri Mandudaki mengandung selepas memakan buah delima jelmaan Dewa Sakti. Maharaja Wana pula bermimpi seekor burung merpati putih yang teramat cantik hinggap di atas istananya tetapi entah…

Pak Dogol merupakan jelmaan Dewa Sang Yang tunggal yang merupakan Dewa ditingkat teratas. Turun ke bumi dengan menukarkan dirinya menjadi seorang yang hodoh dengan itu namanya turut ditukar kepada Pak dogol. Pak Dogol digambarkan mempunyai rupa…

Wayang Kulit Kelantan: The Challenges<br />
Between Traditional and Digital Media in<br />
Puppetry Theatre
Traditional Malay theatre arts such as Wayang Kulit Kelantan or Shadow Play puppet Kelantan in Malaysia has been a form of entertainment. Unfortunately, this shadow play puppet has lost it touch and
is slowly fading among the society in Malaysia.…

Collection Tree