Beca Roda Tiga
Dublin Core
Title
Beca Roda Tiga
Subject
Lain-Lain Tempat Menarik di Kelantan
Description
Beca Roda Tiga merupakan sejenis pengangkutan awam yang digerakkan sepenuhnya dengan tenaga manusia, terdapat di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan juga Melaka. Ia terdiri dari basikal yang dicamtumkan dengan tempat membawa penumpang berbumbung yang mampu memuatkan sehingga 2 orang penumpang dan sebilangan kecil barangan peribadi. Jika tidak membawa penumpang, beca boleh juga digunakan untuk membawa barangan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia merupakan pilihan pengangkutan yang dahulunya amat popular, Di tengah-tengah kehadiran banyak pengangkutan awam yang lebih besar serta pantas dan peningkatan pemilikan kenderaan sendiri, beca terus mendapat sambutan sehingga kini, khusunya di Kota Bharu.
Penduduk Kelantan memanggil kenderaan ini sebagai "teksi" sempena perkataan Inggeris "taxi" yang tidak membawa maksud yang sama sebagaimana difahami oleh ramai tetapi membawa erti kegunaan dan tujuan yang sama. Beca di Kelantan jelas merupakan "teksi" pada era kegemilangannya, apabila ia digunakan bagi menghantar kanak-kanak ke sekolah dan suri rumah ke pasar, merangkumi jarak yang pastinya tidak dapat diterima akal pada masa kini. "Teksi" di Kelantan memang unik dengan sejarah yang panjang dan ciri-ciri tersendiri yang tidak kelihatan di tempat-tempat lain di Malaysia. Antara perbezaan yang paling ketara adalah kegunaanya sebagai alat pengangkutan yang penting, khusunya di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Di bandar Kota Bharu, beca dilihat sebagai satu kemudahan khusunya buat kaum-kaum ibu untuk berulang-alik ke pasar, sama ada untuk membeli-belah atau ditemui membawa barangan niaga. Kegigihan yang ditunjukkan oleh para pengayuh beca khusunya oleh pengayuh yang berumur, banyak menyentuh hati dan dikagumi mereka yang melihat khusunya pelawat dari luar Kelantan, menjadi pemberi semangat dan lambang ketabahan serta kekuatan rakyat Kelantan.
A trishaw is a small public transportation normally found in Kelantan, Terengganu, Penang dan Melaka. It comprises a bicycle joined to a wheeled carrier with a roof that can accommodate up to 2 passengers at a time. It can also be made to transport goods from place to place. It was once a popular mode of transportation and still much in use today, though greatly reduced over time, amidst the presence of many large and fast moving public transportations.
The Kelantanese called it "teksi", a derivation from the English word "taxi". The Kelantanese "taxi" is surely unique with a long history and characteristics not found in other parts of Malaysia. It is used as an important form of public transportation, particularly in the town center. It is seen as a helpful option for many housewives to commute between markets and their homes, either for the days' shopping or for the purpose of bringing goods to the market place. The amazing endurance shown by the trishaw pullers, especially by the aged ones has touched many hearts and admired by many especially those new to Kelantan, serving as a symbol for Kelantanese great endurance and perseverance.

Creator
Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan
Source
Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan
Language
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Type
Buku
Items in the Beca Roda Tiga Collection
There are currently no items within this collection.
Collection Tree
- KEBUDAYAAN DAN WARISAN
- Pengangkutan Tradisional
- Beca Roda Tiga
- Pengangkutan Tradisional