Lintasan Sejarah dan Penglibatan Institusi Diraja Dalam Pembangunan Negeri Kelantan
Dublin Core
Title
Subject
Description
Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Sebagai pembuka lembaran sejarah perkembangan persinggahsanaan Negeri Kelantan, diriwayatkan bahawa dalam tahun 1411M (814H) di Negeri Kelantan terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanpun Baginda Raja Kumar telah menjalankan hubungan muhibah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam 1412M, Baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.
Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Negeri Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur nama Negeri Kelantan telah menjadi masyur merata-rata tempat. Kemasyhuran Negeri Kelantan telah sampai ke Negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Raja Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, di mana Baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M)
Bila Sultan Mansur Shah mangkat 1562M (928H), maka putera baginda Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan Gombak. Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda telah dijadikan putera angkat Baginda, iaitu Raja Ahmad ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad,baginda telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara D’Raja. Iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah Isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.
Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 Kilometer kearah Tenggara Kuala Krai.
Pemerintahan Cik Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi masyhur menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang menggelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan “Paduka Cik Siti”. Baginda mempunyai seekor kijang yang amat digemari oleh baginda, iaitu persembahan daripada rakyat baginda yang tinggal di Gunung Ayam.
Gambar Kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada Lambang kebesaran Negeri Kelantan yang berkekalan hingga hari ini dengan megahnya.
Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Titiwangsa itu, maka di sebelah Timur Laut Negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi Kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyar telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang Puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyar di Jembal. Baginda Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta Kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Baginda tidak mempunyai puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin.
Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang meghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Kemudiannya Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah yang telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai, oleh sebab mendapat tekanan yang hebat dari Maharaja Siam. Bila Puteri Saadong kembali dari Siam, maka tecetuslah perbalahan antara kedua suami isteri itu menyebabkan Raja Abdullah tertikam dengan pemacak sanggul Puteri Saadong.
Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdullah Rahim iaitu saudara Raja Abdullah menjadi Sultan di Kota mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi. Tidak lama selepas itu Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah Kerajaan Mahligai dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak di bawah pepemrintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).
Sultan Omar adalah adinda kepada Raja Loyar yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Rja sakti dan Raja Pah. Setelah Sultan Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar ialah puteri Raja Petani yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahandanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal.
Long Sulaiman mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Getting yang memerintah di Legih. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.
Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhammad dilantik menjadi Sultan di Sultan di Kota Kubang Labu.
Dalam masa pemerimtahan Long Muhammad telah meletus peperangan antara Pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan pihak Long Yunus iaitu putera Long Sulaiman yang dibantu oleh Long Ghaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1962M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. Bagi mengenang jasa Long Ghaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Ghaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Sungai Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah Berjaya menyatukan seluruh pemerintahan Negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya di bawah satu pemerintahan pusat sahaja.
Creator
Source
Publisher
Date
Contributor
Rights
Language
Type
Items in the Lintasan Sejarah dan Penglibatan Institusi Diraja Dalam Pembangunan Negeri Kelantan Collection
Long Yunus (Pengasas Kesultanan Kelantan Moden) 1773-1794
Long Muhammad (Putera long Yunus sebagai Sultan Muhammad I) 1801-1836
Long Senik Mulut Merah (Putera Long Tan Temenggong sebagai Sultan Muhammad II) 1836 – 1886
Long Sulong (Putera Long Senik Sebagai Sultan Ahmad) 1886-1889
Long Mansur (Putera Sultan Ahmad sebagai Sultan Mansur) 1890 – 1899
“Rumah Puteh” (Rumah Wakaf Sultan mansor di Mekah)
KDYMM Tengku Long Senik (Putera Long Kundur sebagai Sultan Muhammad IV KCMG) 1899 – 1920
KDYMM Sultan Ismail Petra (Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV sebagai Sultan Ismail) 1920 – 1944
KDYMM Sultan Ibrahim (Ibni Al Marhum Sultan Muhammad IV sebagai Sultan Ibrahim) 1944-1960
KDYMM Sultan Yahya Petra (Ibni Al Marhum Sultan Ibrahim sebagai Sultan Yahya Petra) 1960 – 1979
Collection Tree
- SEJARAH
- Lintasan Sejarah dan Penglibatan Institusi Diraja Dalam Pembangunan Negeri Kelantan