Congkak

Dublin Core

Title

Congkak

Subject

Permainan Tradisional

Description

Congkak adalah satu permainan yang memerlukan pemain mengisi ‘buah’ ke dalam deretan lubang yang diperbuat pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak buah dari yang dimiliki oleh pihak lawan. Ia dimainkan oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan yang mana bilangan pemainnya hanyalah dua orang sahaja.

Alatan yang diperlukan dalam permainan ini adalah papan congkak dan ‘buah’. Papan congkak adalah satu kayu bujur yang berbentuk sampan yang mengandungi dua barisan 7 lubang yang sederet yang bertentangan yang dinamai ‘kampung’ dan satu lubang di setiap bahagian hujungnya yang dinamai ‘rumah’. Selain dari papan congkak, permainan ini memerlukan ‘buah’ sebanyak 98 biji. Guli,biji saga, biji getah atau batu kecil boleh digunakan sebagai buah.

Source

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
http://www.jkkn.gov.my/ms/congkak

Publisher

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara

Date

© 2016

Format

Jpeg

Language

Bahasa Melayu

Type

Website

Items in the Congkak Collection

Gambar-gambar Congkak
Congkak adalah satu permainan yang memerlukan pemain mengisi ‘buah’ ke dalam deretan lubang yang diperbuat pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak…

Peraturan Permainan Congkak
PERATURAN PERMAINAN:2.1 Dua (2) orang peserta berhadapan2.1.1 Dua (2) orang peserta berhadapan.2.1.2 Permainan dilaksanakan dalam tiga (3) papan.Kedua-dua peserta jalan/menapak serampakuntuk papan pertama, papan kedua dan jikaseri papan ketiga.…

Congkak atas tanah
MARANG - Congkak memang diketahui ramai sebagai permainan tradisi masyarakat Melayu yang dimainkan ketika waktu lapang, namun kini semakin jarang kita melihat orang bermain congkak, apatah lagi yang bermain congkak atas tanah. Golongan muda bandar…

Collection Tree