Kisah Dewa Muda

Dublin Core

Title

Kisah Dewa Muda

Subject

Temubual ini adalah antara Puan Ruhani Binti Mohd Zain dan Siti Nurul Idayu mengenai sejarah Mak Yong. Transkrip temubual ini dijalankan di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di Kota Bharu, Kelantan, di mana tempat Puan Ruhani bekerja pada 18 April 2016 bermula jam 11 pagi. Beliau adalah salah seorang tokoh Mak Yong yang telah bergiat selama 47 tahun. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang dan juga kehidupan beliau di zaman dahulu dan sekarang selain daripada mengenai kejayaan beliau dalam menaikkan nama Mak Yong di Kelantan. Temu bual ini lebih tertumpu kepada cerita rakyat di Negeri Kelantan. Mak Yong adalah salah satu yang membawa cerita rakyat dalam bentuk persembahan dan nyanyian.Seterusnya, kejayaan Mak Yong telah diiktiraf sebagai UNESCO.

Description

SNI

:

Dia ada dua belas [12] kan?

R

:

Dia ada dua belas [12] cerita dulu-dulu, tetapi kebanyakan tidak semua dia orang dulu-dulu bawak cerita ini, kerana kadang-kadang kumpulan itu dah bawak pehe [faham] dok [tak]? dia pernah main dan wat-wat [buat-buat] cerita, kumpulan ini pun  sudah main buat cerita lain itu dia gabung  tidak semestinya satu [1] kumpulan itu banyak cerita yang dibuat, orang dulu-dulu dia biasa kebanyakan untuk-untuk berubat je [sahaja], macam dewa muda, dewa pencil.

 

 

 

SNI

:

Dewa muda itu pasal cerita apa?

R

:

Cerita kisah dia macam dia dewa muda ini dia nak [hendak] pergi apa dia macam ada mimpi lah mimpi dia sesat dalam hutan dia mimpi dia sesat dalam hutan itu dia suruh [menyuruh] gi [pergi] buru kijang emas.

 

 

 

SNI

:

Dewa muda itu dari mana asal dia?

R

:

Asal dia macam cerita (bunyi telefon) dia anak pada [kepada] tok raja Jawa ibu dia Tuan Puteri Selindungan Bulan.

 

 

 

SNI

:

Selindungan Bulan, cerita dia mengisahkan apa dewa muda ini?

R

:

Dia mengisahkan dia nak [hendak] mimpi dia ada seorang puteri dia tergilakan puteri itu sehinggakan dia--

 

 

 

SNI

:

Rasa cintalah kisah dewa muda ini?

 

R

:

Orang tua maghi [datang] dalam mimpi suruh pergi naik wau beremas, apabila dia menaiki wau beremas dia naik je [sahaja] wau beremas lekat di kayangan, ini cerita dewa-dewalah kirakan, lekat di kayangan dia terpaksa naik juga kerana dia nak [hendak] ambik wau dia. Dia ada dua [2] orang sorang lagi itu apa ini Awang Sejambul Lebat dia dua [2] orang pergi, dia naik atas itu dia berjumpa dengan--

 

 

 

 

SNI

:

Watak-watak dalam cerita dewa muda ini ada berapa?

R

:

Watak dia ada dewa muda hok [yang] perang dua [2] orang apa Tuan Puteri Ratna Emas, Awang Sejambul Lebat.

 

 

 

SNI

:

So [jadi] Puteri itulah yang dia mimpikan?

R

:

Puteri itulah dia sebenarnya anak kepada Bota raksasa atas kayangan.

 

 

 

SNI

:

Apa dia punya ending [penamat] dia Dewa Muda ini macam mana?

R

:

Ending [penamat] dia itu ending [penamat] dia apabila dia selalu berjumpa dengan tuan puteri atas di kayangan dia pon satu masa dia nak balik turun ke bumi lah tetapi apabila dia nak [hendak] turun ke bumi itu ada macam inang dia letak macam macam racun lah “latik bab” orang panggil tahu? Dia turun pada itu dia terkena dia tidak sedarkan diri ibarat kata dia pengsan, Awang Sejambul Lebat bawak turun ke bumi masa itu dia Tuan Puteri Ratna Emas dapat tahu yang Dewa Muda ini macam mati lah, dia pun turun ke bumi dia pulihkan balik Dewa Muda ini lepas itu adalah simbolik dalam cerita itu dia pun balik dua [2] itu semula, ada separuh citer ada separuh cerita Ratna Emas naik balik ke kayangan ada separuh citer [cerita] senang kat [dekat] situ.

Creator

Puan Wan Nurjuliana Binti Abd Ghafar 
Siti Nurul Idayu Binti Mahmad  (Pelajar Praktikal)
Kerja ini adalah hasil kerja akhir bagi pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat untuk subjek IMR604 - Oral Documentation (Pendokumentasian Sejarah Lisan) di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Machang.

Source

Puan Ruhani
(Seorang tokoh Mak Yong, iaitu Puan Ruhani Mohd Zain di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan)

Language

Bahasa Melayu dan Dialek Kelantan

Items in the Kisah Dewa Muda Collection

There are currently no items within this collection.

Collection Tree