Kisah Dewa Pencil

Dublin Core

Title

Kisah Dewa Pencil

Subject

Temubual ini adalah antara Puan Ruhani Binti Mohd Zain bersama Siti Nurul Idayu mengenai sejarah Mak Yong. Transkrip temubual ini dijalankan di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di Kota Bharu, Kelantan, di mana tempat Puan Ruhani bekerja pada 18 April 2016 bermula jam 11 pagi. Beliau adalah salah seorang tokoh Mak Yong yang telah bergiat selama 47 tahun. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang dan juga kehidupan beliau di zaman dahulu dan sekarang selain daripada mengenai kejayaan beliau dalam menaikkan nama Mak Yong di Kelantan. Temu bual ini lebih tertumpu kepada cerita rakyat di Negeri Kelantan. Mak Yong adalah salah satu yang membawa cerita rakyat dalam bentuk persembahan dan nyanyian.Seterusnya, kejayaan Mak Yong telah diiktiraf sebagai UNESCO.

Description

SNI

:

Dia ada dua [2], cerita yang kedua Dewa Pencil, boleh Mami ceritakan serba sedikit?

R

:

Dewa Pencil mengisahkan keluarga lah, macam menantu mak mertua ini dia tidak sukakan menantu dia sebab menantu dia pemalas lah sebab dia tidak bape [seberapa] rajin bekerja dia berkenan dengan orang lain dia suruh [menyuruh] anak dia itu kahwin dengan orang lain ada simbolik di situ dia halau lah halau menantu dia sedangkan menantu dia ini seorang orang yang kira bijak pandai lah, orang dewa-dewa juga sampai satu masa dia dah [sudah] apabila semua berlaku dalam keadaan banyak la pergolakkan itu akhir sekali mak mertua dia ini ikut menantu dia balik asal lah dengan dengan isteri dia apa.

 

 

 

SNI

:

Tentang kekeluargaan la Dewa Pencil ini, so [jadi] cerita ketiga Dewa Sakti, apa yang cerita Dewa Sakti ini?

R

:

Dewa Sakti ini  cerita ini jee [sahaja] dia banyakkan ada macam ada kita panggil Bongsu Sakti pun kita panggil dia ada dua [2]

Creator

Puan Wan Nurjuliana Binti Abd Ghafar 
Siti Nurul Idayu Binti Mahmad  (Pelajar Praktikal)
Kerja ini adalah hasil kerja akhir bagi pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat untuk subjek IMR604 - Oral Documentation (Pendokumentasian Sejarah Lisan) di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Machang.

Source

Puan Ruhani
(Seorang tokoh Mak Yong, iaitu Puan Ruhani Mohd Zain di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan)

Language

Bahasa Melayu dan Dialek Kelantan

Items in the Kisah Dewa Pencil Collection

There are currently no items within this collection.

Collection Tree