Kisah Dewa Sakti

Dublin Core

Title

Kisah Dewa Sakti

Subject

Temubual ini adalah antara Puan Ruhani Binti Mohd Zain bersama Siti Nurul Idayu mengenai sejarah Mak Yong. Transkrip temubual ini dijalankan di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di Kota Bharu, Kelantan, di mana tempat Puan Ruhani bekerja pada 18 April 2016 bermula jam 11 pagi. Beliau adalah salah seorang tokoh Mak Yong yang telah bergiat selama 47 tahun. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang dan juga kehidupan beliau di zaman dahulu dan sekarang selain daripada mengenai kejayaan beliau dalam menaikkan nama Mak Yong di Kelantan. Temu bual ini lebih tertumpu kepada cerita rakyat di Negeri Kelantan. Mak Yong adalah salah satu yang membawa cerita rakyat dalam bentuk persembahan dan nyanyian.Seterusnya, kejayaan Mak Yong telah diiktiraf sebagai UNESCO.

Description

SNI

:

Tentang kekeluargaan la Dewa Pencil ini, so [jadi] cerita ketiga Dewa Sakti, apa yang cerita Dewa Sakti ini?

R

:

Dewa Sakti ini  cerita ini jee [sahaja] dia banyakkan ada macam ada kita panggil Bongsu Sakti pun kita panggil dia ada dua [2]

 

 

                                                                                                             

SNI

:

Kenapa bongsu?

R

:

Dia tuan puteri, raja-raja tu nama Raja Bongsu Sakti

 

 

 

SNI

:

Keturunan anak raja la Bongsu Sakti ini?

R

:

Anak raja jugak dia jenis cerita cerita kayangan dia pergi satu [1] tempat itu tengok tuan puteri itu mandi dia wak (bawa) lari baju tuan puteri duk [tengah] mandi kemudian apabila tuan puteri sedar baju tidak ada dia nak [hendak] mintak [minta] dia sudah tahu orang itu curitetapi dia wi [bagi] syarat la nakkan [hendak] baju awak kene [perlu] kahwin dengan dia cerita ini dia banyakkan cerita macam ada hanuman kera putih pun dalam cerita ini.

Creator

Puan Wan Nurjuliana Binti Abd Ghafar 
Siti Nurul Idayu Binti Mahmad  (Pelajar Praktikal)
Kerja ini adalah hasil kerja akhir bagi pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat untuk subjek IMR604 - Oral Documentation (Pendokumentasian Sejarah Lisan) di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Machang.

Source

Puan Ruhani
(Seorang tokoh Mak Yong, iaitu Puan Ruhani Mohd Zain di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan)

Language

Bahasa Melayu dan Dialek Kelantan

Items in the Kisah Dewa Sakti Collection

There are currently no items within this collection.

Collection Tree