Kisah Raja Tangkai Hati

Dublin Core

Title

Kisah Raja Tangkai Hati

Subject

Temubual ini adalah antara Puan Ruhani Binti Mohd Zain bersama Siti Nurul Idayu mengenai sejarah Mak Yong. Transkrip temubual ini dijalankan di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di Kota Bharu, Kelantan, di mana tempat Puan Ruhani bekerja pada 18 April 2016 bermula jam 11 pagi. Beliau adalah salah seorang tokoh Mak Yong yang telah bergiat selama 47 tahun. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang dan juga kehidupan beliau di zaman dahulu dan sekarang selain daripada mengenai kejayaan beliau dalam menaikkan nama Mak Yong di Kelantan. Temu bual ini lebih tertumpu kepada cerita rakyat di Negeri Kelantan. Mak Yong adalah salah satu yang membawa cerita rakyat dalam bentuk persembahan dan nyanyian.Seterusnya, kejayaan Mak Yong telah diiktiraf sebagai UNESCO.

Description

SNI

:

Tentang cerita Raja Tangkai Hati mengisahkan apa?

R

:

Raja Tangkai Hati mengisahkan dia ini dipukau oleh Tuan Puteri Bota dia ini sebelum dia pergi belayar dia sudah berhenti satu tempat macam pulau lah dia apabila sampai pulau itu apa Bota. Bota tu macam wanita lah jin jenis watak jin dia menjelma menjadi_

 

 

 

SNI

:

Bota tu nama ke?

R

:

Ya [tanda setuju] nama, Tuan Puteri Bota dia bertukar menjadi wanita cantik dia goda anak raja Tangkai Hati (bunyi mikrofon jatuh) nama dia lah, apabila dia goda sampai Raja Tangkai Hati itu berjanji nanti dia pergi belayar balik belayar dia akan singgah ambil dan berkawin dengan tuan puteri tetapi apabila sampai ke negeri lain Raja Tangkai Hati tu nikah dengan orang lain anak orang lain dapat dua [2] orang anak pahtu [selepas itu] masa dia nak balik ke negeri dia semula lalu [jalan] balik kot [ikut] pulau itu wat [buat] Tuan Puteri Bota marah lah pasal tidak berhenti dia pun buat satu [2] sihir kapal yang Raja itu lalu berhenti tidak boleh bergerak dia pun tukar diri dia menjadi bunga, goda anak dia dua [2] orang ini masa tengah mandi nak [hendak] suruh [menyuruh] ambil capai bunga pasal [sebab] dia nak wat [bawa] lari ibu dia ini.

 

 

 

SNI

:

Dia ada unsur sihir la dalam cerita ini?

R

:

Dia ada unsur sihir jugak [juga].

 

 

 

SNI

:

Ada nama lain tidak selain Tangkai Hati nama raja ini sendiri?

R

:

Tak ada [tiada].

Creator

Puan Wan Nurjuliana Binti Abd Ghafar 
Siti Nurul Idayu Binti Mahmad  (Pelajar Praktikal)
Kerja ini adalah hasil kerja akhir bagi pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat untuk subjek IMR604 - Oral Documentation (Pendokumentasian Sejarah Lisan) di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Machang.

Source

Puan Ruhani
(Seorang tokoh Mak Yong, iaitu Puan Ruhani Mohd Zain di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan)

Language

Bahasa Melayu dan Dialek Kelantan

Items in the Kisah Raja Tangkai Hati Collection

There are currently no items within this collection.

Collection Tree