Kisah Dewa Indera, Indera Dewa

Dublin Core

Title

Kisah Dewa Indera, Indera Dewa

Subject

Temubual ini adalah antara Puan Ruhani Binti Mohd Zain bersama Siti Nurul Idayu mengenai sejarah Mak Yong. Transkrip temubual ini dijalankan di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di Kota Bharu, Kelantan, di mana tempat Puan Ruhani bekerja pada 18 April 2016 bermula jam 11 pagi. Beliau adalah salah seorang tokoh Mak Yong yang telah bergiat selama 47 tahun. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang dan juga kehidupan beliau di zaman dahulu dan sekarang selain daripada mengenai kejayaan beliau dalam menaikkan nama Mak Yong di Kelantan. Temu bual ini lebih tertumpu kepada cerita rakyat di Negeri Kelantan. Mak Yong adalah salah satu yang membawa cerita rakyat dalam bentuk persembahan dan nyanyian.Seterusnya, kejayaan Mak Yong telah diiktiraf sebagai UNESCO.

Description

SNI

:

Cerita pasal Dewa Indera Indera Dewa?

R

:

Indera Dewa cerita dua [2] beradik dia macam nak [hendak] pergi memburu dalam hutan apabila dia berjumpa dengan seorang puteri yang telah pengsan dia pulih yang abang pulih itu Dewa Indera yang pulih tiada sedar adik dia yang Indera Dewa pulih yang sedar sebelum apabila yang tuan puteri sedar dia berebut nak [hendak] kahwin bergaduh la adik beradik cuma abang adik dia nak [hendak] tahu setakat mana kasih sayang ke [kepada] dia kerana perempuan dia rela abang dia pukul dia (bunyi geseran gelang mami).

 

 

 

 

Creator

Puan Wan Nurjuliana Binti Abd Ghafar 
Siti Nurul Idayu Binti Mahmad  (Pelajar Praktikal)
Kerja ini adalah hasil kerja akhir bagi pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat untuk subjek IMR604 - Oral Documentation (Pendokumentasian Sejarah Lisan) di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Machang.

Source

Puan Ruhani 
(Seorang tokoh Mak Yong, iaitu Puan Ruhani Mohd Zain di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan)

Items in the Kisah Dewa Indera, Indera Dewa Collection

There are currently no items within this collection.

Collection Tree