Kisah Dewa Panah

Dublin Core

Title

Kisah Dewa Panah

Subject

Temubual ini adalah antara Puan Ruhani Binti Mohd Zain bersama Siti Nurul Idayu mengenai sejarah Mak Yong. Transkrip temubual ini dijalankan di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di Kota Bharu, Kelantan, di mana tempat Puan Ruhani bekerja pada 18 April 2016 bermula jam 11 pagi. Beliau adalah salah seorang tokoh Mak Yong yang telah bergiat selama 47 tahun. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang dan juga kehidupan beliau di zaman dahulu dan sekarang selain daripada mengenai kejayaan beliau dalam menaikkan nama Mak Yong di Kelantan. Temu bual ini lebih tertumpu kepada cerita rakyat di Negeri Kelantan. Mak Yong adalah salah satu yang membawa cerita rakyat dalam bentuk persembahan dan nyanyian.Seterusnya, kejayaan Mak Yong telah diiktiraf sebagai UNESCO.

Description

SNI

:

Kalau tentang Dewa Panah?

R

:

Dewa Panah itu kisah dia macam apa bergaduh dengan burung. 

 

 

 

SNI

:

Burung apa itu?

R

:

Burung – “Burung apa langkah sungkar apa nama?” (Mami bertanya kepada anak buah dia)  “Helang sekapa” (suara anak buah Mami menjawab) burung helang sekapa.

 

 

 

SNI

:

Kenapa dia bergaduh sebab apa?

R

:

Dia - macam mana ? Lintas gunung (Suara anak buah Mami menyampuk) Sebab dia nak [hendak] pergi satu [1] tempat dia kene [perlu] lintas gunung yang burung kene [perlu] duk [duduk] tengah orang kelate [Kelantan] kato [kata] duduk ngere [mengerang] telur dio [dia] nanti dia marah “Bakpo nok masuk tepat aku?” “Kenapa mahu masuk empat aku” (Mami menunjukkan cara burung berdialog)  situ tempat dio [dia] berlawe [berlawan]. Itu punca dia. (Mami gelak)

 

 

 

Creator

Puan Wan Nurjuliana Binti Abd Ghafar 
Siti Nurul Idayu Binti Mahmad  (Pelajar Praktikal)
Kerja ini adalah hasil kerja akhir bagi pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat untuk subjek IMR604 - Oral Documentation (Pendokumentasian Sejarah Lisan) di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Machang.

Source

Puan Ruhani 
(Seorang tokoh Mak Yong, iaitu Puan Ruhani Mohd Zain di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan)

Items in the Kisah Dewa Panah Collection

There are currently no items within this collection.

Collection Tree