Kisah Endeng Tejali

Dublin Core

Title

Kisah Endeng Tejali

Subject

Temubual ini adalah antara Puan Ruhani Binti Mohd Zain bersama Siti Nurul Idayu mengenai sejarah Mak Yong. Transkrip temubual ini dijalankan di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di Kota Bharu, Kelantan, di mana tempat Puan Ruhani bekerja pada 18 April 2016 bermula jam 11 pagi. Beliau adalah salah seorang tokoh Mak Yong yang telah bergiat selama 47 tahun. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang dan juga kehidupan beliau di zaman dahulu dan sekarang selain daripada mengenai kejayaan beliau dalam menaikkan nama Mak Yong di Kelantan. Temu bual ini lebih tertumpu kepada cerita rakyat di Negeri Kelantan. Mak Yong adalah salah satu yang membawa cerita rakyat dalam bentuk persembahan dan nyanyian.Seterusnya, kejayaan Mak Yong telah diiktiraf sebagai UNESCO.

Description

SNI

:

Kalau macam cerita Endeng Tejali, dia ada tiga kan?

R

:

Ya, dia punya ini anak Raja Gondang, watak Raja Gondang dia punya--

 

 

 

SNI

:

And [dan] then [kemudian] Tejali itu apa maksud dia ?

R

:

Endeng Tejali nama orang.

 

 

 

SNI

:

Nama anak raja ke?

R

:

Dia macam bukan sebenarnya asal silah [asal usul] raja ini ada hukuman untuk dia sebenarnya apabila dia raja perlukan dia raja lepas pada hukum yang dia pasung Endeng Tejali.

 

 

 

SNI

:

Dikatakan dengan anak Raja dengan Batak Raja Bongsu Sakti?

R

:

Dia ini apabila sudah pergi ke satu [1] tempat dia berjumpa dengan tuan puteri kahwin tuan puteri sebenarnya dia daripada dalam laut tuan puteri itu, dia kahwin dengan Endeng Tejali. Cerita macam dongeng la kalau kita benda  tidak logik, apabila kapal dia berlayar sudah dipukul ombak, dia  jatuh dalam satu [1] laut berkenan dengan tuan puteri kahwin, apabila kahwin--

 

 

 

SNI

:

Endeng Tejali itu berkenan kat [dekat] tuan puteri?

R

:

Tuan Puteri itu keturunan raja, keturunan macam naga, dia Endeng Tejali ini pasal raja dia ada tiga [3] beradik berebut harta berebut negeri nak [hendak] memerintah negeri. ( bunyi orang berjalan sambil bercakap)

 

 

 

SNI

:

Anak Raja Gondang?

R

:

Anak raja ini anak kepada raja Endeng Tejali.

 

 

 

SNI

:

Ini semua anak dia ke?

R

:

Ya, semua.

Creator

Puan Wan Nurjuliana Binti Abd Ghafar 
Siti Nurul Idayu Binti Mahmad  (Pelajar Praktikal)
Kerja ini adalah hasil kerja akhir bagi pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat untuk subjek IMR604 - Oral Documentation (Pendokumentasian Sejarah Lisan) di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Machang.

Source

Puan Ruhani 
(Seorang tokoh Mak Yong, iaitu Puan Ruhani Mohd Zain di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan)

Items in the Kisah Endeng Tejali Collection

There are currently no items within this collection.

Collection Tree