Kisah Raja Muda Lakleng

Dublin Core

Title

Kisah Raja Muda Lakleng

Subject

Temubual ini adalah antara Puan Ruhani Binti Mohd Zain bersama Siti Nurul Idayu mengenai sejarah Mak Yong. Transkrip temubual ini dijalankan di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di Kota Bharu, Kelantan, di mana tempat Puan Ruhani bekerja pada 18 April 2016 bermula jam 11 pagi. Beliau adalah salah seorang tokoh Mak Yong yang telah bergiat selama 47 tahun. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang dan juga kehidupan beliau di zaman dahulu dan sekarang selain daripada mengenai kejayaan beliau dalam menaikkan nama Mak Yong di Kelantan. Temu bual ini lebih tertumpu kepada cerita rakyat di Negeri Kelantan. Mak Yong adalah salah satu yang membawa cerita rakyat dalam bentuk persembahan dan nyanyian.Seterusnya, kejayaan Mak Yong telah diiktiraf sebagai UNESCO.

Description

SNI

:

Raja Muda Lakleng?

R

:

Raja Muda Lakleng kisah orang raja suka berjudi sampai dia tergadai negeri dia sehinggakan satu [1] masa sebenarnya dia pergi  masa itu isteri dia mengandung apabila isteri mengandung dia minta suruh [menyuruh] bawa pauh [mangga] pauh muda [mangga muda] ngandung [hamil]tetapi dia pergi itu dia bawa ayam. Ayam itu dia buat berlaga [berlawan] sehinggakan dia kalah tergadai habis segala negeri dia isteri dia gi [perg] tebus balik.

 

 

 

 

SNI

:

Isteri dia sudah tolong la?

R

:

Isteri dia makan masa lama dia tinggal isteri sampai bersalin anak itu sudah besar isteri dia dapat tahu isteri dia pegi [pergi] tebus bali, itu cerita dia, dalam cerita Endeng Tejali ini dia ada macam tokey [bos] cina pun ada yang itu berbagai bangsa la situ.

Creator

Puan Wan Nurjuliana Binti Abd Ghafar 
Siti Nurul Idayu Binti Mahmad  (Pelajar Praktikal)
Kerja ini adalah hasil kerja akhir bagi pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat untuk subjek IMR604 - Oral Documentation (Pendokumentasian Sejarah Lisan) di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Machang.

Source

Puan Ruhani 
(Seorang tokoh Mak Yong, iaitu Puan Ruhani Mohd Zain di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan)

Items in the Kisah Raja Muda Lakleng Collection

There are currently no items within this collection.

Collection Tree