Kisah Raja Besar Dalam Negeri Ho Gading

Dublin Core

Title

Kisah Raja Besar Dalam Negeri Ho Gading

Subject

Temubual ini adalah antara Puan Ruhani Binti Mohd Zain bersama Siti Nurul Idayu mengenai sejarah Mak Yong. Transkrip temubual ini dijalankan di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di Kota Bharu, Kelantan, di mana tempat Puan Ruhani bekerja pada 18 April 2016 bermula jam 11 pagi. Beliau adalah salah seorang tokoh Mak Yong yang telah bergiat selama 47 tahun. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang dan juga kehidupan beliau di zaman dahulu dan sekarang selain daripada mengenai kejayaan beliau dalam menaikkan nama Mak Yong di Kelantan. Temu bual ini lebih tertumpu kepada cerita rakyat di Negeri Kelantan. Mak Yong adalah salah satu yang membawa cerita rakyat dalam bentuk persembahan dan nyanyian.Seterusnya, kejayaan Mak Yong telah diiktiraf sebagai UNESCO.

Description

SNI

:

Raja Besar dalam negeri Nyior Gading?

R

:

Ho Gading, H-O Gading, ini kisah tujuh beradik anak dia tujuh [7] beradik tujuh orang anak Raja Besar Ho Gading ini nama negeri kisah dia tujuh [7] beradik itu dia macam adik-beradik dia itu dengki adik bongsu. Adik bongsu saja [sahaja] boleh memerintah negeri itu sebab sekira ayah sudah meninggal yang ini sahaja yang boleh memerintah negeri, yang lain tidak boleh, dia adik abang-abang dia ini marah buat satu helah (bunyi ekzos motorsikal) bawa adik dia gi [pergi] ke padang luas buang adik dia ke dalam telaga.

 

 

 

SNI

:

Abang  yang sulung ke?

R

:

Yang sulung, yang tengah dengan yang enam  [6] orang itu buang adik bongsu.

 

 

 

SNI

:

Adik bongsu la yang kena?

R

:

Adik bongsu la yang kena jadi raja, ini kisah nabi, dulu kisah nabi Yusuf ke apa tujuh [7] beradik buang sampai satu [1] masa tok peraih [peniaga] sireh lalu tolong dia.

 

 

 

SNI

:

Tolong yang mana?

R

:

Tolong yang jatuh dalam telaga yang buang dalam telaga itu. Dia balik dia oyak [bagitahu] bagitahu ayah dia raja besar adik dia adik mati makan ko [oleh] rima [harimau] sedangkan dia sudah buang.

 

 

 

 

SNI

:

So [jadi] apa yang akan terjadi kepada adik dia ?

R

:

Apabila dia jatuh itu dia terpegang kepada batu. Dia boleh naik atas sedang molek [elok] tok peraih [peniaga] sirih dengan anak dia nak [hendak]  menjaja sireh berhenti situ nok [hendak] minum air jumpa dia, kara [imba] naik wak [bawa] balik rumah dia duduk tetapi pasal dia ini bersidi sakti dia sudah pulih apa ini tok peraih [peniaga] sireh hidup susah makan orang kata kais pagi makan pagi dia pulih menjadi kaya, dia pun terkenal dengan raja muda memerintah kampung itu apa, satu masa raja itu terdengar sapo [siapa] napok [nampak] sohor [terkenal] sangat nama, suruh [menyuruh] orang pergi panggil dia, panggil la dia maghi [mari]  jupo [jumpa] ayahanda dia ini, jupo [jumpa] ayah dia syak sudah macam muka anak dia, dia tanya-tanya memang anak dia, terkejut la kan ayah dia yang lain oyak [bagitahu] dia sudah mati dimakan rimau [harimau] lepastu [selepas itu] panggil. Dia pergi cerita la apa yang telah berlaku abang-abang dia hasad dengki dia nak [hendak] bunuh dia gini-gini[(macam ini]. Ayah dia pun panggil hok [yang] lain terkejut la adik-beradik lain, ayah dia pun pukul la nak [hendak] bagi hukuman lepahtu [selepas itu] dia sudah maafkan abang-abang dia cuma dengan syarat abang-abang dia tidak boleh memerintah negeri. Jadi hidup dengan senang lepahtu [lepas]. 

 

 

 

SNI

:

So [jadi] diorang bersama kembali la?

R

:

Bersama kembali lah tetapihanya Raja Bongsu boleh memerintah negeri, adik beradik dia pun tidak boleh abang-abang tidak boleh

 

 

 

Creator

Puan Wan Nurjuliana Binti Abd Ghafar 
Siti Nurul Idayu Binti Mahmad  (Pelajar Praktikal)
Kerja ini adalah hasil kerja akhir bagi pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat untuk subjek IMR604 - Oral Documentation (Pendokumentasian Sejarah Lisan) di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Machang.

Source

Puan Ruhani 
(Seorang tokoh Mak Yong, iaitu Puan Ruhani Mohd Zain di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan)

Items in the Kisah Raja Besar Dalam Negeri Ho Gading Collection

There are currently no items within this collection.

Collection Tree