Prof. Dato’ Dr. Ismail Salleh

Dublin Core

Title

Prof. Dato’ Dr. Ismail Salleh

Subject

pakar ekonomi

Description

Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947. Sebagai seorang anak yang dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, keazaman dan kecekalan beliau untuk berjaya menjadi aspirasi ramai anggota masyarakat, terutama golongan kurang upaya. Beliau antara orang yang layak disifatkan sebagai 'Towering Malays'. Mendapatkan Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti New York pada 1973 sebelum menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada 1974 dan 1977. 
Pernah memegang pelbagai jawatan dalam bidang akademik termasuklah sebagai Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech (IUCTT) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kolej Swasta Bumiputera.

Dalam bidang ekonomi, beliau diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II) - Jawatankuasa Kerja bagi Penyusunan Semula Masyarakat.
Pada 18 Disember 2007, Dr Ismail terus melakar sejarah apabila dilantik sebagai Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) pertama. Apa pun, setiap yang hidup memang sudah dijanjikan dengan sebuah kematian.

Pada 27 Ogos baru lalu pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura. Ismail ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.

Creator

Bahagian Koleksi Khas dan Keusahawanan

Source

http://ustazmii.blogspot.com/2009/08/prof-datuk-dr-ismail-salleh-dia-sudah.html

Publisher

http://ustazmii.blogspot.com/2009/08/prof-datuk-dr-ismail-salleh-dia-sudah.html

Date

2009

Contributor

http://ustazmii.blogspot.com/2009/08/prof-datuk-dr-ismail-salleh-dia-sudah.html

Rights

http://ustazmii.blogspot.com/2009/08/prof-datuk-dr-ismail-salleh-dia-sudah.html
http://usahawanokuberjaya.blogspot.com/2012/12/prof-dato-dr-ismail-salleh-kecatatan.html?view=magazine

Format

website

Language

bahasa melayu

Website Item Type Metadata

Local URL

http://usahawanokuberjaya.blogspot.com/2012/12/prof-dato-dr-ismail-salleh-kecatatan.html?view=magazine
http://ustazmii.blogspot.com/2009/08/prof-datuk-dr-ismail-salleh-dia-sudah.html

Files

dr-ismail-md-salleh1.jpg

Citation

Bahagian Koleksi Khas dan Keusahawanan, “Prof. Dato’ Dr. Ismail Salleh,” Digital Kelantan Collection, accessed June 9, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/130.