Cara memproses gasing uri

Dublin Core

Title

Cara memproses gasing uri

Description

Para tukang atau pandai kayu lebih memilih kayu yang bersifat ringan seperti kayu sebaru, kayu nangka, kayu rambai dan kayu jering. Setelah memilih, berlaku proses melarik kayu dengan menggunakan mesin larik atau "candu". Kemudian Proses pemasangan kepala gasing bermula setelah selesai proses melarik kayu gasing, kepala gasing akan dipasang pada bahagian atas dan tengah kayu mengikut lubang pada kayu gasing.
Setelah kepala gasing dipasang , proses memasak timah dilakukan. 

Memasak timah merupakan antara kerja yang paling merbahaya dalam pembuatan gasing. Ini kerana timah yang panas mendidih boleh membawa kecederaan kepada mereka yang menyentuhnya. Proses memasak timah dilakukan dengan meletakkan kepingan timah sekitar 5 kilogram kedalam kuali untuk proses pencairan dengan menggunakan suhu sekitar 100 darjah celcius. Ketika menunggu proses pencairan timah yang akan memakan masa sekitar 15 minit untuk cair sepenuhnya, kayu gasing yang telah siap dilarik kepala dan alur timah akan diletakan didalam acuan untuk proses memasukkan timah. Acuan berfungsi untuk proses pembentukan timah yang sekata dengan kayu. Setelah timah cair maka proses menuang akan dilakukan dengan mencurahkan timah yang masih panas mendidih kedalam acuan yang telah tersedia tadi secara perlahan-lahan.


Creator

Bhg. Koleksi Khas dan Keusahawanan

Source

Dokumentari Gasing di SMK Gaal, Pasir Puteh

Publisher

Bhg. Koleksi Khas dan Keusahawanan

Date

April 2015

Contributor

Bhg. Koleksi Khas dan Keusahawanan

Rights

Bhg. Koleksi Khas dan Keusahawanan

Format

paper

Language

bahasa melayu

Files

DSC_6167.JPG
DSC_6169.JPG
DSC_6171.JPG
DSC_6192.JPG
DSC_6175.JPG

Collection

Citation

Bhg. Koleksi Khas dan Keusahawanan, “Cara memproses gasing uri,” Digital Kelantan Collection, accessed May 29, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/141.