Penggunaan campuran pemasaran (4p) oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Pks) industri perikanan di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan.
Dublin Core
Title
Penggunaan campuran pemasaran (4p) oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Pks) industri perikanan di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan.
Subject
Entrepreneurs
Description
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan Campuran Pemasaran (4P) Oleh Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Industri Perikanan di Kg Geting, Pengkalan Kubor Kelantan. Terdapat empat persoalan yang dikaji iaitu penggunaan produk, harga, promosi, dan lokasi penempatan barangan (4P- produk, price, promotion, place) dalam pemasaran. Seramai 52 orang dipilih sebagai sampel kajian, terdiri daripada usahawan lelaki dan perempuan yang mempunyai pelbagai jenis pengeluaran barangan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan penyelidik mengedarkan soal selidik yang dibina kepada 52 orang responden. Borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang mengandungi 37 item mengikut soalan tertutup Ya dan Tidak. Borang soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Sciencs (SPSS) versi 15.0. Nilai Alpha Cronbach adalah 0.74 menunjukkan kebolehpercayaan bagi instrumen ini adalah tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa produk merupakan pemboleh ubah yang paling dominan digunakan dalam pemasaran. Manakala lokasi penempatan produk merupakan pemboleh ubah yang kedua tinggi dalam pemasaran. Pemboleh ubah yang sederhana ialah harga dan yang paling rendah ialah pemboleh ubah promosi. Rumusan kajian menunjukkan semua usahawan menggunakan produk dalam pemasaran dan promosi kurang digunakan. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada usahawan agar dapat meningkatkan produktiviti PKS serta kajian lanjutan diperlukan bagi pengkaji yang berminat untuk meneruskan kajian ini di masa akan datang.
Creator
Mariani Bt Che Ramli
Source
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2012_10501_a9d50ac8e2ba48c2980a4b3125155422.pdf
Publisher
Universiti Teknologi Malaysia
Date
2012
Contributor
Universiti Malaysia Kelantan
Language
Bahasa Melayu
Files
Citation
Mariani Bt Che Ramli, “Penggunaan campuran pemasaran (4p) oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Pks) industri perikanan di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan.
,” Digital Kelantan Collection, accessed May 29, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/1798.