Bola Katak
Dublin Core
Title
Bola Katak
Subject
Permainan Tradisional
Description
Permainan bola katak ini lebih kurang sama dengan permainan kriket sekarang. Permainan ini biasanya dijalankan dengan berpasukan sekurang-kurangnya tiga empat orang pada satu-satu pasukan dan tidaklah lebih daripada sepuluh orang. Biasanya dimainkan oleh anak-anak yang berumur belasan tahun, tapi terdapat juga pemuda yang turut bermain dengan meriahnya. Peralatan permainan ini adalah:
1. Bola dibuat daripada lilitan sekrap getah, biasanya bola itu sebesar lengan kanak-kanak.
1. Bola dibuat daripada lilitan sekrap getah, biasanya bola itu sebesar lengan kanak-kanak.
2. pemukul yang disebut ‘pulbek’ dibuat daripada buluh atau kayu yang besar kira-kira secekak kanak-kanak dan panjangnya lebih kurang tiga kaki.
3. padang tempat bermain tidak ditentukan keluasanya dan memadai kawasan lapang.
4. Dikawasan lapang itu dipacak galang (tiang) sebagai penanda tempat berhenti. Kalau ramai pemain galang-galang itu dipacak lebih banyak. Bagaimanakah tidak ada peraturan khas tentang hal ini, hanya boleh dirundingkan antara kedua-dua pasukan yang bermain itu.
Creator
Salleh Mohd Akib
Hanapi Dollah
Source
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Publisher
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Contributor
Universiti Malaysia Kelantan
Rights
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Format
Book
Language
Bahasa Melayu
Text Item Type Metadata
Text
Permainan Tradisional Rakyat Kelantan
Original Format
photo
Files
Collection
Citation
Salleh Mohd Akib and Hanapi Dollah, “Bola Katak,” Digital Kelantan Collection, accessed May 29, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/21.