Cak Tiar Timun Batang

Dublin Core

Title

Cak Tiar Timun Batang

Subject

Permainan Tradisional

Description

Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan antara tujuh hingga sepuluh tahun. Ada juga kanak-kanak lelaki yang turut bermain. Nama permainan itu adalah mengikut nama pantun yang dinyanyikan semasa berlansungnya permainan itu.

Permainan tersebut lebih meriah kalau terdapat lebih ramai peserta tetapi tidak melebihi tujuh lapan orang. Memulakan permainan dengan semua pemain berkumpul dalam satu bulatan dan setiap orang menghulurkan dua batang jari diletakkan atas tanah. Salah seorang akan membilang jari-jari itu berdasarkan pantun dibawah ini, sepatah perkataan pantun itu adalah pada sebatang jari.

 

         cak tiar timun batang

         kuda berlari atas papan

         kembang kuncup urat kayu

         sapu naga terbira taktek

         tek-tek bilah dinding

         sanggul cotek besar tahi kambing

Creator

Salleh Mohd Akib
Hanapi Dollah

Source

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Publisher

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Contributor

Universiti Malaysia Kelantan

Rights

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Format

Book

Language

Bahasa Melayu

Type

Book

Text Item Type Metadata

Text

Permainan Tradisional Rakyat Kelantan

Original Format

photo

Files

cak tiar .jpg

Citation

Salleh Mohd Akib and Hanapi Dollah, “Cak Tiar Timun Batang,” Digital Kelantan Collection, accessed May 29, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/22.