Cap Kok Kek Ayam

Dublin Core

Title

Cap Kok Kek Ayam

Subject

Permainan Tradisional

Description

Permainan ini sangat digemari oleh kanak-kanak dalam lingkungan belasan tahun baik lelaki atau pun perempuan.Permainan ini adalah jenis permainan decak yang bergerak atas sebelah kaki. Permainan ini boleh dimainkan antara tiga hingga empat orang pada tempat lapang di kawasan rumah dan lain-lain.

Cara bermainnya ialah dengan beberapa orang kanak-kanak sama ada, tiga atau empat orang menyilang sebelah kaki ke belakang sesama mereka secara tindih-menindih dan bila silangan itu sudah terlekat mulalah mereka berdecak berkeliling dan sekiranya terdapat antara mereka itu yang jatuh akan dikira kalah dan diganti dengan orang.

Masa berdecak itu tidak boleh tertekan tangan ke tanah atau berpegang kepada kawan yang lain, ini akan dikira kalah atau mati dan siapa yang kalah berhenti dan diganti oleh peserta lain. Pemain yang tidak pernah jatuh atau membuat kesalahan yang dikira johan.

Creator

Salleh Mohd Akib
Hanapi Dollah

Source

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Publisher

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Contributor

Universiti Malaysia Kelantan

Rights

Muzium Negeri Kelantan

Format

book

Language

bahasa melayu

Type

image

Identifier

GV1204.81 S25 2009 kel

Text Item Type Metadata

Text

Permainan Tradisional Rakyat Kelantan

Original Format

photo

Files

cap kok kek.jpg

Citation

Salleh Mohd Akib and Hanapi Dollah, “Cap Kok Kek Ayam,” Digital Kelantan Collection, accessed May 29, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/23.