Norzana binti Razaly

Dublin Core

Title

Norzana binti Razaly

Subject

Penulis Negeri Kelantan

Description

Nama beliau ialah Norzana binti Razaly. Nama pena beliau ialah Zanazanzaly. Antara anugerah yang pernah beliau terima ialah hadiah Sastera Negeri Kelantan 2003 (Kategori Cerpen), yang kedua hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 (Kategori Cerpen) dan yang Hadiah Tunas Cipta 2004 (Kategori Cerpen dan Puisi). Beliau dilahirkan pada 26 Oktober 1973 di Pasir Mas, Kelantan. Antara bidang penulisan beliau ialah puisi dan cerpen 91. Karya yang pernah dihasilkan beliau ialah Antologi puisi: Serendah Sekebun Bunga, Prahara di Padang Karbala, Ratib Seribu Syair, Antologi Cerpen: Janji Mandala Hijau, Kepezi 2, Karya Sasterawan 2005. Beliau bekerja sebagai Pengurus Pemasaran di Noble Art Creation dan persatuan yang dianggotai beliau ialah Persatuan Penulis Wanita Malaysia, Persatuan Penulis Nasional (PENA), Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR), Persatuan Penulis dan Seniman Kelantan (PUSPA), Kelab Penulisan Zaharah Nawawi (Kepezi).

Creator

Sharrul Rizal Hashim

Source

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH TIMUR

Publisher

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH TIMUR

Date

2006

Contributor

Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Timur

Rights

Dewan Bahasa Dan Pustaka
Wilayah Timur

Format

paper

Language

bahasa melayu

Files

norzana.png

Citation

Sharrul Rizal Hashim, “ Norzana binti Razaly,” Digital Kelantan Collection, accessed March 30, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2803.