Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan)
Dublin Core
Title
Subject
Description
Istana Jahar atau juga dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ini terletak di bersebelahan Istana Balai Besar dan Kota Sultan Ismail Petra, di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Keluasan kawasan adalah 1.822 meter persegi dan merupakan salah satu mercu tanda dan daya tarikan pelancong yang paling utama ke Jajahan Kota Bharu khususnya dan ke negeri Kelantan amnya.
Pembinaan Istana Jahar telah diasaskan oleh Sultan Muhammad II untuk cucu baginda, Long Kundur dan ianya siap dibina pada 1887. Istana Jahar ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan yang diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haji Mohd Salleh (Dato'Kaya Bakti). Upacara pembinaannya telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah.
Setelah sekian lama menjadi kediaman keluarga D'Raja, istana ini telah ditukarkan kepada muzium yang mempamerkan kekayaan kebudayaan warisan Melayu Kelantan. Di sini terdapat banyak artifak dan gambar yang membuktikan kekayaan warisan budaya Melayu Kelantan, darihal kehidupan seharian sehinggalah adat istiadat kebesaran. Bangunan istana ini sendiri dipenuhi dengan ukiran kayu yang menjelaskan lagi kehebatan seni tukang kayu Melayu Kelantan.
Istana Jahar or also known as the Kelantan Royal Customs Museum is located just next to Istana Balai Besar and Kota Sultan Ismail Petra, in the heart of Kota Bharu. It covers an area of 1,882 square meters and also one of the famous landmarks as well as tourist attractions in the state of Kelantan.
Built in 1887 by Sultan Muhammad II for his grandson, Long Kundur, it was constructed by master craftsmen from all over Kelantan, headed by Che Sulaiman from Kampung Sireh and assisted by Nik Salleh and Haji Mohd Slleh (Dato' Kaya Bakti) from nearby Kampung Atas Banggol.
After serving as a royal residence, the palace has been transformed into a museum featuring Kelantan's cultural heritage. Photographs and a great variety of artifacts bear tetimony to the rich Kelantanese culturan legacy. The building itself is laced with intricated wood carvings, serving as an example of the fine craftmanship of Malay artists.