Kubur Tok Kenali
Dublin Core
Title
Subject
Description
Tok Kenali atau nama sebenarnya Allahyarham Awang Muhammad Yusof bin Ahmad, dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian pada tahun 1870. Tok Kenali adalah seorang tokoh ulamak, pendidik dan karyawan Islam yang banyak berjasa serta tersohor di Nusantara khususnya di Kelantan pada awal abad ke-20 dan kekal dikenali ramai sehingga sekarang. Ketabahannya dan kegigihannya dalam menuntut ilmu dan mendidik rakyat jelata terus menjadi iktibar dan tauladan sehingga kini dan kerana itu beliau juga merupakan salah seorang tokoh yang paling dikenali di Kelantan. Tok Kenali telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1933, pada usia 63 tahun dan telah dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan kampung kelahirannya di Kubang Kerian, tidak jauh dari simpang empat bandar Kubang Kerian (laluan ke Bachok) dan boleh dilawati dengan mudah.
Tok Kenali, whose real name is Allahyarham Awang Muhammad Yusof bin Ahmad was born at Kampung Kenali, Kubang Kerian in 1870. Tok Kenali was a very learned Islamic scholar, an educator and also a writer, and was well known throughtout Southeast Asia, particularly in Kelantan in the early 20th century. His strong perseverance in his effort to learn and at the same time to educate the public is seen as an excellent example by many, and thus being one of the most renowned figures in Kelantan. Tok Kenali passed away in the year 1933 at the age of 63. He was buried near his birthplace in Kubang Kerian, Kota Bharu.