Makam DiRaja Langgar

Dublin Core

Title

Makam DiRaja Langgar

Subject

Makam DiRaja Kelantan

Description

Makam DiRaja Langgar terletak di Kampung Langgar, Jalan Sultan Yahya Petra, bersebelahan Masjid Langgar. Merupakan tempat sultan-sultan dan usrah DiRaja Kelantan yang telah mangkat, dimakamkan. Sebelum adanya Makam DiRaja Langgar, kawasan tersebut dikenali sebagai Kampung Gong Dermi. Ia mula dipanggil "Langgar" setelah pengasas Kesultanan Kelantan moden, Long Yunus dimakamkan di sini pada 1798. Ini adalah kerana perkataan "Langgar" adalah dalam bahasa Melayu klasik yang sebenarnya merujuk kepada tempat penebumian raja-raja serta pembesar-pembesar dan persamaan ini juga dapat dikesan di Kedah dan Perlis. Selain makam Long Yunus, di sini juga ditemukan makam pemerintah-pemerintah lain yang menyusul selepas baginda dan juga makam pembesar-pembesar dan tokoh-tokoh ternama dari golongan kerabat DiRaja Kelantan dan Pattani. Turut dimakamkan di sini adalah Sultan Pattani yang terakhir, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin yang mangkat di Kota Bharu pada tahun 1933. Di samping itu, Makam DiRaja Langgar turut menyimpan keunikan yang tersendiri dalam bentuk ukiran, rekabentuk, unsur sejarah dan nilai seni yang dapat dilihat pada setiap binaan makam, sama ada dari batuan pejal atau kayu, khususnya pada makam-makam lama. Hal ini telah sekian lama menarik perhatian setiap pelawat serta pengkaji yang menziarah ke sini, sekaligus menjadikan Makam DiRaja Langgar satu tarikan yang tersendiri di Jajahan Kota Bharu.

The Langgar Royal Mausoleum is located at Kampung Langgar (off Jalan Sultan Yahya Petra), just next to the well known Langgar Mosque. The place is a royal burial site, where many past Kelantan rulers and immediate members of the royal family were laid to rest. Before the existence of the Royal Mausoleum, the place was known as Kampung Gong Dermi. It was later known as "Langgar" after the founder of the present day Kelantan Malay Sultanate, Long Yunus was buried there in 1798. This is due to fact that the word "Langgar" is actually a classical Malay word which refers to a place of burial for kings and their ministers, as the same usage could also be observed in both Kedah and Perlis. There are also tombs belonging to subsequent Kelantan Malay rulers and also those of ministers and respected figures from the Kelantan and Pattani royal houses. It is also here that the last Sultan of Pattani, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin was laid to rest, after his death in Kota Bharu in 1933. The tomb which was intricately carved out of solid marble and granite blocks as well as hard woods, has long attracted the attention of many visitors and researchers, making the mausoleum to be one of its kind among the many attractions in the District of Kota Bharu. 

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Book

Files

Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Makam DiRaja Langgar,” Digital Kelantan Collection, accessed March 25, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2818.