Makam Raja Abdullah

Dublin Core

Title

Makam Raja Abdullah

Subject

Makam DiRaja Kelantan

Description

Raja Abdullah merupakan sepupu kepada Puteri Saadong, puteri kepada Raja Loyor (pemerintah Kerajaan Jembal) yang juga anak angkat Paduka Che Siti Wan Kembang, pemerintah wanita yang terkenal dala sejarah Kelantan. Nama Puteri Saadong dan Che Siti Wan Kembang sememangnya amat terkenal di kalangan rakyat Kelantan mankala kisah Raja Abdullah dan Puteri Saadong merupakan kisah klasik yang sering diceritakan di negeri Kelantan dan sering dipentaskan dalam pelbagai lakonan teater dan persembahan tarian di seluruh Malaysia. Menurut kisah yang diperturunkan sejak dahulu kala, Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar, bendahara Kerajaan Jembal (kini, di Pulau Melaka atau Kota Jembal) semasa pemerintahan Raja Loyor, lebih 300 tahun dahulu. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Saadong dan telah diangkat oleh Paduka Che Siti Wan Kembang sebagai pemerintah Kota Mahligai dengan gelaran Sultan Abdullah. 

Walaubagaimanapun, kejelitaan Puteri Saadong telah mencuri perhatian Raja Narai (1629-1688) iaitu Raja Siam ketika itu dan Puteri Saadong telah diperintahkan menyerah diri kepada Raja Siam untuk dijadikan gudik. Puteri Saadong telah dibawa ke Siam tetapi berjanji akan pulang dan meminta agar Raja Abdullah berjanji setia menanti kepulangannya. Walaubagaimanapun, di pihak Raja Abdullah, baginda tidak yakin akan kepulangan Puteri Saadong dan telah memilih untuk beristeri lain. Satu aliran peristiwa telah menyebabkan Raja Siam menghantar Puteri Saadong pulang ke telah disambut dengan berita kecurangan Raja Abdullah. Akibatnya, satu pertengkaran telah berlaku antara Raju Abdullah dan Puteri Saadong yang berakhir dengan pembunuhan Raja Abdullah di tangan Puteri Saadong. Gara-gara kecewa dan marah, Puteri Saadong dikatakan telah menikam Raja Abdullah dengan cucuk sanggulnya menyebabkan baginda terbunuh serta merta. Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, Melor, di dalam Daerah Peringat dan kedudukan makam ini boleh dijumpai dengan mudah.

Raja Abdullah is said to be the cousin of the beautiful Puteri Saadong, the daughter of Raja Loyor (the ruler of the Jembal Kingdom) who was also the adopted daughter of Che Siti Wan Kembang, a legendary female ruler of old Kelantan. Both names, Puteri Saadong and Che Siti Wan Kembang, are well known throughout Kelantan and the tragic story that goes between Raja Abdullah and Puteri Saadong has been repeatedly told among the Kelantanese as well as being staged in various theater and dance perfomances throughout Malaysia. Raja Abdullah was the son of Raja Bahar, the prime minister of Jembal Kingdom during the reign of Raja Loyor, some 300 years ago. He married Puteri Saadong and later was appointed by Che Siti Wan Kembang as the ruler of Kota Mahligai uder the name, Sultan Abdullah. 

Unfortunately, at the same time, the news of Puteri Saadong's beauty reached King Narai, the King of Siam between 1629 - 1688 and he ordered Puteri Saadong to surrender herself to him, to join his royal concubines. Puteri Saadong was then forcefully taken to Siam, not before she promised Raja Abdullah that she would return and asked her husband to stay loyal during her absence. However, Raja Abdullah was doubtful and after a while, decided to take another wife. But then, the King of Siam sent Puteri Saadong back to Kelantan unharmed and her return was greeted by the dreadful news of Raja Abdullah's disloyalty. An argument followed between the two which ended up with the murder of Raja Abdullah in the hands of his own wife, Outeri Saadong, by a single thrust with a hair pin. Raja Abdullah died instantly from the wound and was buried at Padang Halban, Melor, in Peringat, Kota Bharu.

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Book

Files

Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Makam Raja Abdullah,” Digital Kelantan Collection, accessed March 30, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2820.