Bukit Panau

Dublin Core

Title

Bukit Panau

Subject

Bukit Kelantan

Description

Merupakan kawasan yang sangat berpotensi sebagai tarikan pelancongan khusunya bagi pengkaji dan pencinta sejarah. Keunikannya terletak berhadapan dengan Sungai Kelantan dan lagenda Puteri Sa'adong yang juga dikaitkan dengan Pemerintahan Che Siti Wan Kembang. Mengikut cerita daripada penduduk tempatan, Bukit Panau pernah menjadi tempat bersemayam Puteri Sa'adong bersama suaminya seorang wali, Syeikh Abdul Kadir. Di puncak bahagian timur yang mengadap Sungai Kelantan, yang menghala ke kolam dinamakan sebagai taman serendah sekebun bunga milik Puteri Sa'adong yang terletak seberang Sg. Kelantan. Mengikut sejarah masa dahulu terdapat 7-8 buah kapal masyarakat Cina bagi mengadakan upacara keagamaan secara tahunan. Disebalik misteri lagenda ini, Bukit Panau juga dikaitkan dengan kerajaan lama Majapahit Barat yang dikenali kerajaan Cermin Judah. 

Walaupun kedudukan jajahan Tanah Merah jauh dari pesisir pantai, namun pada kedudukan kemuncaknya (720 meter aras laut) pengunjung boleh melihat jelas Laut China Selatan sekiranya cuaca dalam keadaan baik. Begitu uniknya Bukit Panau yang menjadi mercu tanda bagi penduduk Jajahan Tanah Merah dan mereka yang inginkan cabaran dalam meneroka misteri sejarah lampau.

Bukit Panau (Panau Hill) which stands next to the Kelantan River is a highly potential site to be developed into a tourist attraction, is of graet interest to historians. Its uniqueness lies on its location and the legend that surrounds it. There is the famous legend of Puteri Sa'adong and Che Siti Wan Kembang, the legendary and mystical female rulers of old Kelantan. According to local folklore, Bukit Panau was once a residential for Puteri Sa'adong and her husband, a very religious person named Syeikh Abdul Kadir. Standing on the eastern peak of Bukit Panau, one can see a natural pool just across the Kelantan river. It is famously known among the locals as Taman Serendah Sekebun Bunga - a mystical garden said to be owned by Puteri Sa'adong. The historical significance of the hill is further supported by many claims from the locals that each year, 7 to 8 boats, manned by the Chinnese would come upriver to engage in a special religious ritual at Bukit Panau. Besides the legend of Puteri Sa'adong, it has also been said that the hill was formerly a center of governance for Majapahit Barat, an ancient Malay Empire which is also known as Chermin Judah.

Even though Tanah Merah lies deep inland, one could clearly see on a clear day the distant South China Sea from the top of Bukit Panau which stands at 720 meters from sea level. With all these uniqueness, it is believed that Bukit Panau, a well known landmark in Tanah Merah, will one day serves as an excellent spot for those keen on adventures and mysteries of the old Kelantan.

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Book

Files

Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Bukit Panau,” Digital Kelantan Collection, accessed March 25, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2827.