Bank Kerapu (Memorial Peperangan Dunia Kedua Di Kelantan)

Dublin Core

Title

Bank Kerapu (Memorial Peperangan Dunia Kedua Di Kelantan)

Subject

Memorial Kelantan

Description

Bank Kerapu atau dikenali juga sebagai Memorial Peperangan Dunia Ke-11, terletak di antara Jalan Post Office Lama, Jalan Sultan dan Jala Masjid, di atas tapak berkeluasan 1,986 meter persegi. Kedudukannya ialah di sebelah hilir Padang Merdeka (Padang Bank) bersebelahan Muzium Islam dan Pejabat Kastam, Tapak asal bangunan ini dimiliki oleh Nik Yusiff bin Nik Abd. Majid yang bergelar Dato' Sri Paduka Raja. Beliau adalah seorang Pembesar Kelantan yang terkenal pada era pemerintahan Sultan Ahmad (1886-1889) dan Sultan Muhammad III (1889-1890). Beliau pernah dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1894 hingga 1900. 

Tanah tapak bangunan itu telah dibeli oleh syarikat The Mercantile Bank of India Limited yang membina sebuah bangunan bank cawangannya di Kelantan dan mula beroperasi pada 1912. Antara tahun 1941 dan 1945, bangunan ini telah dijadikan pejabat polis rahsia Jepun atau Kempeitai. Kemudian, setelah perang tamat, ia kembali semuala berfungsi sebagai sebuah bank sehinggalah pada tahun 1981 di mana ianya telah diambil alih oleh kerajaan Kelantan bagi dijadikan balai senilukis dan kraftangan. Pada tahun 1992, kerajaan negeri Kelantan telah menukarkan fungsi bangunan ini kepada Memorial Peperangan Dunia Ke-2 dan telah dirasmikan pembukaannya oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra pada 1 Ogos 1994. Bangunan Bank Kerapu kekal sebagai bangunan Memorial Peperangan Dunia Ke-2 sehingga kini dan pelbagai pameran dan artifak dari era berkenaan dapat dilihat di sini. Struktur asal bangunan ini tidak pernah diubah sejak ia dibina lebih 90 tahun lalu. Senibinanya adalah berunsur senibina Barat, diperbuat daripada konkrit, batu dan kayu cengal yang keras. Dinding bangunan pula ditampalkan dengan simen yang berkerutu. Dalam bahasa daerah Kelantan keadaan tidak licin itu disebut 'kerapu'. Daripada itu bank tersebut telah dikenali sebagai Bank Kerapu hinggalah sekarang ini.

Bank Kerapu or also known as the Kelantan Second World War Memorial, is located between the Jalan Post Office Lama, Jalan Sultan and Jalan Masjid on a 1986 square meters site. It is situated close to Padang Merdeka, just next to the Islamic Museum and the Kelantan Custom Office. The building site wasnoriginally owned by the late Nik Yusoff bin Nik Abd. Majid (Dato' Sri Paduka Raja) a well known aristocrat who was the Menteri Besar (Chief Minister) of Kelantan between 1894 and 1900, during the reign of both Sultan Ahmad (1886-1889) and Sultan Muhammad III (1889-1890). 

The site was then purchased by a banking company, called The Mercantile Bank of India Limited and later, 1912, the company's first branch in Kelantan was opened at the spot. Between 1941 and 1945, during the Japanese occupation, the building was turned onto an office for the Japanese secret police or Kempeitai. When the war was over, the building returned to its original purpose, as a bank until 1981 when the state government took over the ownership and changed the bank building into an art gallery. Only in 1992, that the building changed to its present day form as the Second World War Memorial for the state of Kelantan. The opening was offiaciated by His Royal Highness The SUltan of Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra on 1st August 1994. The buiding remains as a memorial until the prsent day, where visitors can see for themselves various interesting exhibitions and rare artifacts from the wartime era. The building's structure has remained unchanged since its construction of more than 90 years ogo. The architecture is purely Western in origin. It is a combination of hard wood, crushed stone, bricks and concrete, with a rough wall finishing which the locals see as being "kerapu" or "not being smooth", hence the name - Bank Kerapu, stays today.

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Book

Files

Collection

Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Bank Kerapu (Memorial Peperangan Dunia Kedua Di Kelantan),” Digital Kelantan Collection, accessed March 25, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2834.