Muzium Kraftangan (Kampung Kraftangan)
Dublin Core
Title
Muzium Kraftangan (Kampung Kraftangan)
Subject
Muzium Kelantan
Description
Kampung Kraftangan terletak bersebelahan Istana Balai Besar, diapit oleh Jalan Hilir Kota dan Jalan Tengku Seri Akar. Telah disiapkan pada Mac 1991, ianya merupakan salah satu ikon pelancongan yang popular di Kota Bharu. Kampung Kraftangan direkabentuk menyerupai perkampungan tradisional Melayu Kelantan dengan suasana yang dipenuhi kehijauan ala kampung. Di sini juga terdapat Muzium Kraftangan yang turut dikenali sebagai Balai Getam Guri yang menyimpan pelbagai khazanah kerja tangan dan kesenian rakyat Kelantan dalam bentuk seni tenun, seni anyam, seni ukir, pertukangan logam dan seumpamanya. Selain Muzium Kraftangan yang menyimpan pelbagai contoh hasil pertukangan dan kesenian rakyat Kelantan, bangunan lain di sekitarnya memberi peluang kepada pelawat untuk melihat sendiri bagaimana barangan berkenaan dihasilkan. Demonstrasi tenunan tradisional, tenunan songket, percetakan serta lukisan batik, pertukangan perak dan ukiran kayu juga turut dijalankan oleh artisan yang mahir, dari semasa ke samasa.
The Handicraft Village is located next to Istana Balai Besar and Istana Batu, exactly between Jalan Hilir Kota and Jalan Tengku Seri Akar. Completed in March 1991, it is one of the famous places in Kota Bharu. The complex has been designed to look like any typical traditional Kelantanese Malay Village. It also has a Creft Museum (also known as Getam Guri Hall), featuring the precious art and handicraft works made by the Kelantanese people in forms of embroidery, songket weaving, batik printing, portrait paintings, silver work and wood carving are carried out by skilled artisans.

Creator
Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan
Source
Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan
Language
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Type
Book
Files
Collection
Citation
Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Muzium Kraftangan (Kampung Kraftangan),” Digital Kelantan Collection, accessed June 10, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2840.