Gunung Reng
Dublin Core
Title
Gunung Reng
Subject
Gunung Kelantan
Description
Tapak Gunung Reng ini asalnya sebuah Kampung bernama Kampung Tala yang dibuka oleh Tok Tadoh keturunan Pulang Hari dari Jawa kira-kira 1,400 tahun dahulu. Kononnya Ketua Kampung Tala telah mengadakan kenduri besar-besaran tujuh hari tujuh malam, cukup dengan dengan berbagai jenis permainan. Setelah sampai hari ketujuh semua jenis permain telah dilangsungkan. Untuk upacara penutup, mereka telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menyediakan pertandingan memperlaga Anjing dan Kucing di atas bumbung rumah. Pada waktu Zohor kedua-dua binatang ini dilagakan di atas bumbung rumah, semasa binatang itu sedang berlaga berlaku ribut dan taufan beserta dengan hujan yang sangat lebat. Dalam keadaan ribut taufan seorang perempuan tua bersama dengan seorang cucunya berlari balik ke kampungnya yang berhampiran bernama Kampung Gantung untuk mengangkut padi yang dijemur. Setelah selesai memunggah padi yang dijemurnya itu ribut taufan beserta hujan pun reda (berhenti). Perempuan tua tersebut tersebut pergi semula ke Kampung Tala, alangkah terperanjatnya apabila perempuan itu melihat Kampung Tala telah diserkup (ditutup) oleh sebuah gunung yang besar dengan melenyapkan Kampung Tala itu sama sekali. Gunung yang menyerkup Kampung Tala ini dikatakan asalnya terletak di Hulu Sungai Reng, kira-kira tiga hari dua malam perjalanan iaitu di Sempadan Kelantan/Perak. Tempat asal gunung ini telah menjadi kolam. Daipada nama sungai inilah maka gunung ini dinamakan Gunung Reng. Alkisah pada suatu ketika di zaman riawayat Puteri Saadong. Kononnya Puteri Saadong telah berangkat dari Bukit Marak dan menjadikan Gunung Reng sebagai tempat kediaman buat beberapa ketika. Gunung Reng mempunyai gua-gua bercorak bilik-bilik seperti Gua Bedak, Gua Payong, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak. Melalui pintu besar Gunung Reng ini ialah Gua Payong, boleh masuk melalui lorong dalam Gua ke bilik-bilik serta ke anjung sehingga ke puncak Gunung Reng.
According to a folklore, Mount Reng was once the site of a village called Kampung Tala that was founded by Tok Tadoh, a descendant of Pulang Hari of Java. The mountain had mob=ved from its original site on the Ulu Reng River near the border with the Perak State (a journey of three days and three nights by walk) and buried the village. This happened after the chief of Kampung Tala held a great feast that lasted for seven days and seven nights. The disappearance of the village was discovered by an old woman who had left the Kampung Tala with her grandchild because of a violent storm that suddenly struck during the feast. This happened after the people held a contest that pitted a dog against a cat on the roof of one of the houses when they were supposed to be praying. The old women had left Kampung Tala to her own village nearby Kampung Gantang to gather paddy that she had laid out to dry. She returned to Kampung Tala after the storm abated. The mountain was given its name to signify its origin on the Ulu Reng River.

Creator
Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan
Source
Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan
Language
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Type
Book
Files
Collection
Citation
Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Gunung Reng,” Digital Kelantan Collection, accessed March 30, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2862.