Taman Burung Kuala Krai

Dublin Core

Title

Taman Burung Kuala Krai

Subject

Taman Rekreasi Kelantan

Description

Taman Burung Kuala Krai mula diasaskan pada 1 Jun 2005 di atas Tapak Mini Zoo Kuala Krai. Ia terletak kira-kira 1/2 km daripada pusat Bandar Kuala Krai, di atas kawasan seluas 15 ekar di Jalan Kubang Lebur. Di sekitarnya terdapat Taman Tasik yang dilengkapi dengan kemudahan seperti Motel Krai, Restoran Tasik Krai, Medan Selera dan Rumah Kraftangan. Terdapat pelbagai spesies burung tempatan seperti Merak Pongsu, Puchong Gelam, Helang, Kuak, Burung Hantu, Burung Ayam-Ayam, Ayam Hutan dan sebagainya. Selain dari burung tempatan, Taman ini juga mempunyai Burung Eksotik dari dalam dan luar negeri seperti Burung Kuang, Nuri, Burung Unta, Merak India, dan lain-lain.

Taman Burung Kuala Krai ini menyediakan kemudahan seperti kiosk, tandas, wakaf dan siar kaki bagi kemudahan para pengunjung. Untuk sampai ke Taman Burung Kuala Krai ini, pengungjung dari Kota Bharu boleh menaiki bas dan tiba di depan pinyu masuk Taman yang bersebelahan dengan Tasik Krai. Para pengunjung boleh memasuki Taman ini dengan harga tiket yang murah iaitu RM2.00 (dewasa) dan RM1.00 (kanak-kanak).

The Bird park was first established on 1st June 2005 replacing the Kuala Krai Mini Zoo. It is located 1/2 km from the town centre on an area which spans 15 acres at Jalan Kubang Lebur. In the vicinity is The Krai Lake, Krai Motel, Tasik Krai Restaurant, a food court and a handicraft centre. There are numerous local bird a Merak Pongsu, Pucong Gelam, Kuak, Burung Hantu (the owl). Burung Ayam-ayam, Ayam Hutan (wild fowl) etc. One can also find some exotic local and imported species such as Burung Kuang, Nuri, Burung Unta (ostrich), Merak India (India Peacock), etc. 

The Bird park has amenities such as kiosks, toilets, sheds and walkways for the comfort of tourists. To reach the bird park, one can erom Kota Bharu and arrive right at the bird park entrance located next to the Krai Lake, Entrance tickets cost RM2.00 (adult) and RM1.00 (child). 

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Book

Files

Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Taman Burung Kuala Krai,” Digital Kelantan Collection, accessed March 30, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2871.