Taman Orkid Tengku Anis

Dublin Core

Title

Taman Orkid Tengku Anis

Subject

Taman Rekreasi Kelantan

Description

Taman Orkid Tengku Anis telah dibuka pada Februari 1998 di atas kawasan seluas 6.5 ekar di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Di sini terdapat pelbagai spesis orkid, yang ditanam di dalam lanskap yag indah, dalam keadaan terjaga dan menarik. Selain Taman Orkid, taman ini juga dilengkapi dengan beberapa buah kolam, Taman Rama-Rama dan Taman Burung. Kemudahan awam yang terdapat di sini adalah Dewan Badminton Tengku Anis, Restoran Taman Orkid, Tandas Awam, Wakaf Rehat, Musalla dan seumpamanya, menjadikannya amat sesuai bagi aktiviti rekreasi dan istirahat bersama keluarga. Setiap tahun, pada bulan April, Taman Orkid Tengku Anis akan dijadikan tapak rasmi bagi acara Pesta Flora, di mana pelbagai aktiviti pertandingan, jualan dan pameran akan diadakan, melibatkan pelbagai hasil pertanian, khususnya bunga-bungaan hiasan dan kraftangan. Ia merupakan acara tahunan yang paling menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar Jajahan Kota Bharu.

The Tengku Anis Orchid Park was officially opened in February 1998 on a 6.5 acre land at Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Here, beautiful orchid from a variety of species are on display. Lotus filled ponds, a butterfly house and an aviary serve as additional attractions in the park. There are also a badminton hall, a restaurant, rest pavillions and a muslim prayer house, making it an excellent place for family outing and recreational purposes. In April each year, the Tengku Anis Orchid Park will be the host for the Floral fest. During the festival, various competitions and exhibitions as well as flora and craft sales are held.

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Book

Files

Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Taman Orkid Tengku Anis,” Digital Kelantan Collection, accessed March 30, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2873.