Pengkalan Pendaratan Ikan Tradisi, Pulau Gajah

Dublin Core

Title

Pengkalan Pendaratan Ikan Tradisi, Pulau Gajah

Subject

Perusahaan Tradisi Kelantan

Description

Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan tradisi yang terletak di muara Sungai Pengkalan Datu, dalam Jajahan Kota Bharu, di mana rata-rata penduduk di sini bekerja sebagai nelayan. Terletak lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kota Bharu dan hanya beberapa kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.  Di sini, segala aktiviti menangkap ikan adalah berunsurkan tradisional dengan menggunakan perahu kolek berenjin galah, yang dihias cantik dengan pelbagai corak dan ukiran yang menarik dan berwarna-warni. 

Para nelayan di sini akan mula turun ke laut pada awal pagi dan hanya akan pulang menjelang petang dengan tangkapan masing-masing. Waktu yang paling sesuai untuk ke sini adalah antara jam 4 dan 6 petang. Pengunjung bukan sahaja dapat menghayati suasana berkenaan, malah juga berkesempatan memperoleh ikan-ikan segar dengan harga yang kadang-kala lebih murah dari yang diperoleh di pasar-pasar di Kota Bharu. Aktiviti pendaratan ikan berlangsung setiap hari kecuali hari Jumaat.

Pulau Gajah is a traditional village located on an estuarine island of Pengkalan Datu river in the District of Kota Bharu, where many of the population are fisherman. It is located some 15 km from the Kota Bharu town center and only few kilometers from the Sultan Ismail Petra Airport. Here, all fishing activities are traditional by nature. With the exception of modern propellers, the wooden boats are decorated with beautiful carvings and attractive paint jobs with floral and abstract motives. 

The fisherman will normally head to the sea early in the morning and will normally head to the sea early in the morning and will only return  in late afternoon with their catches. The most suitable time for a visitors to come here would be between 4 and 6 in the evening. Visitors will not only be able to enjoy the sight but will also have the chance to bring fresh fish which sometimes are priced lower thanthat sold at wet markets in Kota Bharu. The fishing dock operates daily except on Friday.

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Book

Files

Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Pengkalan Pendaratan Ikan Tradisi, Pulau Gajah,” Digital Kelantan Collection, accessed June 10, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2882.