Seni Suara Burung Candek

Dublin Core

Title

Seni Suara Burung Candek

Subject

Tradisi Kelantan

Description

Pada hari-hari biasa, Jalan Seri Cemerlang 5/27 kelihatan tidak ubah seperti mana-mana jalan-jalan di kawasan perumahan di Kota Bharu. Tetapi setiap pagi Jumaat dan Sabtu, keadaan di sini bertukar meriah bila mana peminat burung Candek atau Merbah Jambul (Pycnonotus jocosus) akan berkumpul untuk sama-sama menganjur dan menyertai pertandingan seni suara burung Candek. Di sini setiap sangkar, kebanyakannya diukir cantik, akan dinomborkan dan barisan juri-juri khas akan menentukan burung yang paling menarik berdasarkan irama, mutu dan gaya siulan serta kicauan. Pemenang kemudiannya akan diisytiharkan pada pagi yang sama dan pemilik burung yang menang akan mendapat hadiah, biasanya barangan kelengkapan rumah. Acara pertandingan biasanya bermula seawal jam 8 pagi dan akan dihentikan menjelang tengah hari dan melibatkan sehingga seratus penyertaan pada satu masa. Tapak pertandingan terletak di tengah bandar Kota Bharu, tidak jauh dari Jalan Kebun Sultan, di Taman Seri Cemerlang. Seni suara burung Candek sememangnya unik bagi Jajahan Kota Bharu dan tidak mudah ditemukan di jajahan-jajahan lain di Kelantan.

On normal days, Jalan Seri Cemerlang 5/27 is no different than any other roads at in housing areas in Kota Bharu. But on Friday and Saturday mornings, bird enthusiasts would flock to the place to join in a bird singing contest. The bird cages are carefully numbered and a group of juries will walk around the arena visiting each cage to decide the winner, based on the quality, style and tune of the singing birds. The winner will be declared on the same morning and the owner will be given away prizes mostly in form of home appliances. The contest involving up to a hundred participants at a time normally starts as early as at 8.00 a.m and will stop by noon.

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Book

Files

Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Seni Suara Burung Candek,” Digital Kelantan Collection, accessed March 30, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2890.