Kota Sultan Ismail Petra

Dublin Core

Title

Kota Sultan Ismail Petra

Subject

Lokasi Tarikan Kelantan

Description

Kota Sultan Ismail Petra terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu, di antara Istana Balai Besar, Istana Jahar, Padang Merdeka dan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan telah disiapkan pada 1990 sempena pengisytiharan Kota Bharu sebagai Kota Budaya ketika itu. Kota Sultan Ismail Petra terdiri daripada binaan pintu gerbang gergasi yang bercirikan senibina tradisional Melayu Kelantan dan turut terdiri dari 5 buah negara yang di atasnya dihiasi replika al-Quran sebagai melambangkan pedoman utama rakyat Kelantan. Ianya dibina melingkungi satu dataran yang bersejarah di bandar Kota Bharu yang dahulunya merupakan tempat berlangsungnya pelbagai upacara perarakan kebesaran, perhimpunan serta pertunjukan hiburan rakyat seperti pertandingan laga lembu yang pernah diadakan di sini sekitar 100 tahun dahulu. Kehadiranna menyerikan lagi persekitaran Istana Balai Besar, Istana Jahar, Istana Batu dan bangunan bersejarah lain di sekitarnya. Walaupun struktur berkenaan masih baru dan tidak memiliki nilai sejarah yang panjang sebagaimana struktur-struktur silam di sekitarnya, tidak dapat dinafikan bahawa rekabentuknya memang menarik dan merupakan salah satu tarikan pelancongan yang paling terkenal di Kelantan.

Kota Sultan Ismail Petra, located in the heart of Kota Baru town was built in 1990 in time for the declaration of Kota Bharu as Kota Budaya (Cultural City). The arches consist of a giant gateway, modelled after the traditional Kelantanese Malay gateway architecture with a Quran replica on top of five giant pillars. It was built to enclose a historical area where many royal ceremonial processions, gatherings and matches were held. The arches are very much majestic looking and Kota Sultan Ismail Petra is currently a popular spot for tourists coming to Kota Bharu.

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Book

Files

Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Kota Sultan Ismail Petra,” Digital Kelantan Collection, accessed June 10, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2904.