Danau To'Uban
Dublin Core
Title
Subject
Description
Lokasi Danau To'Uban adalah terletak di Mukim Bujok, To'Uban, daerah Kangkong, jajahan Pasir Mas dengan jaraknya sejauh 25 kilometer dari bandar Pasir Mas. Kewujudan Danau To'Uban adalah hasil dari pembinaan Empangan Pengairan Lemal yang telah dilaksanakan pada tahun 1959 dengan keluasan 1425 ekar atau 570 hektar.
Terdapat dua projek yang dilaksanakan berhampiran lokasi tersebut iaitu Sekolah Arab Tahfuz dan Pengajian Bahasa Arab Al-Balaghulmubin Rong Chenak serta Projek Latihan berkonsep Pupuk Semangat Kem DANAU dan Kem Desa Mahmood. Selain itu, terdapat juga Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dalam pada itu, terdapat juga sebuah masjid yang terletak di tepi danau tersebut yang dinamakan Masjid Brunei selain projek pemeliharaan ikan di dalam sangkar yang diusahakan oleh orang perseorangan.
Danau To'Uban is located at Kangkong, Pasir Mas about 25 kilometers from the Pasir Mas town. The place was built in 1959 due to the existence of 1425 acre or 570 hectare Lemal Dam. There are several institutions near the place.
There were the Arab Tahfiz and Al-Balaghulmubin Arabic Language School Rong Chenak, and spirit Rehabilition Danau Camp, Desa Mahmood camp as well as the National Service Programme camp and the Brunei Mosque.