Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Bulan

Dublin Core

Title

Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Bulan

Subject

Perkampungan Kelantan

Description

Kampung Cina yang terletak di sekitar Jalan Pantai Cahaya Bulan dan Sunagi Keladi di pinggir bandar Kota Bharu merupakan penempatan terawal kaum Cina di Jajahan Kota Bharu dan antara terawal di Kelantan. Selain terdapat banyak tokong-tokong Cina, di sini juga masih boleh kelihatan banyak rumah-rumah kediaman dari binaan kayu yang rata-rata berusia sekitar 100 tahun. Senibina yang ditunjukkan memang menarik dan boleh dikatakan amat unik bagi Kelantan, iaitu gabungan senibina tradisi Cina dengan senibina tempatan, khususnya dalam penggunaan Bata Singhorra sebagai atap. Malah, bukan itu sahaja, asimilasi yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina di sini yang berketurunan Hokkien juga mengagumkan. Mereka bukan sahaja mampu bertutur dalam dialek Melayu Kelantan dengan baik dan lancar malah turut menunjukkan kecenderungan ke arah  mengamalkan adat resam Melayu di samping adat resam nenek moyang. Bukan sesuatu yang jarang untuk melihat mereka berkain sarung dan batik. Kerjasama masyarakat Cina di sini dengan orang Melayu tempatan sudah pun menunjukkan ketaatan mereka kepada pemerintah tempatan. Pada tahun 1823, pemerintah ketika itu telah melantik Kapitan Cina yang pertama sebagai mewakili masyarakat Cina di sini bagi memudahka perhubungan dengan pemerintah. Aktiviti ekonomi utama kebanyakan masyarakat Cina di sini adalah melalui kegiatan perniagaan, khusunya di bandar Kota Bharu.

Kampung Cina is the earliest Chinese settlement in Kota Bharu and one of the earliest settlements in Kelantan. The settlement is located between Jalan Pantai Cahaya Bulan and Sungai Keladi, in the outskirt of Kota Bharu town. The most interesting phisical feature here, aside from the presence of many Chinese temples, is the sight of many wooden house, some of which are over 100 years old. The architecture itself is interesting and is believed to be very unique to Kelantan, for example, the beautiful combination of both Chinese and local elements, especially in the deliberate use of locally sourced Singhorra tiles for the roof. The Chinese of Kampung Cina are not only well versed and fluent in the local <alay Kelantanese dialect, but they are also show great tendency to incorporate the local Malay customs into their own customs. It is not rare to see them in sarongs and batik. The cooperation between the Lcal Malays and the Chinese has long existed. Since the reign of Long Yunos (1782-1795), where the local Chinese had shown their utmost loyalty ad respect to the local Malay chieftains. The first Kapitan Cina or Chinese Chief was appointed by the following ruler in 1823 to further strenghtened the bond between the Chinese and the Malays in general. Most of the Chinese are involed in trading and business activities in the town of Kota Bharu.

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Book

Files

Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Bulan,” Digital Kelantan Collection, accessed March 25, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2919.