Tin Hin Kong

Dublin Core

Title

Tin Hin Kong

Subject

Kuil Kelantan

Description

Tin Hin Kong atau lebih dikenali umum sebagai Tokong Mek terletak di Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di pinggir Sungai Kelantan di Kota Bharu. Pengunjung ke sini akan terlebih dahulu disambut oleh sebuah pintu gerbang besar yang menarik senibina Cina, sebelum sampai ke tapak tokong berkenaan. Merupakan antara Tokong Cina tertua di Kelantan dan dipercayai telah wujud sejak lebih kurang 200 tahun yang lampau, dibina sekitar 1780. Selain menyimpan objek keagamaan seperti patung Dewi Kuan Yin, di sini juga tersimpan pelbagai khazanah silam, termasuklah sebuah gendang pemberian Sultan Kelantan pada tahun 1880an, kepada komuniti Cina di sini. Setiap tahun, pelbagai acara kebudayaan dan keagamaan kaum Cina diadakan di Tokong Mek, seperti perayaan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei.

Tin Hin Kong or commonly known as Tokong Mek is located in Kampung Cina, Jalan Pantau Cahaya Bulan, close to the Kelantan River. Before reaching the spot, visitors will first be greeted by a giant arch-way, built with beautiful traditional Chinese architecture. It is believed to be among the oldest Chinese Joss-house in Kelantan, and is believed to have existedsince 200 years ago. Aside from religious objects, such as the Deity, Kuan Yin, various Chinese cultural artifacts are also kept here, which include an old drum, given to the Chinese community here by the Sultan of Kelantan in 1880s. Tokong Mek is the site for the local Chinese to gather with families and friends to celebrate their religious and cultural events, such as Chinese New Year and Chap Goh Mei.

Creator

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Source

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan

Language

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Type

Book

Files

Collection

Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan, “Tin Hin Kong,” Digital Kelantan Collection, accessed June 2, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/2931.