Gasing Uri

Dublin Core

Title

Gasing Uri

Subject

Warisan Kesenian Gasing

Description

Gasing uri merupakan sejenis gasing yang popular di negeri Kelantan. Gasing uri mempunyai badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 6 kg. gasing uri mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm.

Cara permainan gasing Uri di Kelantan :

Gasing uri biasanya dimainkan dengan kaedah pertandingan antara dua kumpulan biasanya melibatkan dua kampung samada di daerah yang sama atau berlainan. Pada kebiasaannya terdapat kampung lain yang akan cenderung untuk membantu kampung yang dianggap sekutu dalam permainan ini. Setiap kumpulan biasanya akan mempertandingkan tujuh set gasing uri untuk satu permainan. Untuk permainan gasing ini, gasing yang dililit dengan tali akan dilempar ke atas bong ( tempat gasing mendarat diperbuat daripada tanah liat yang dimampatkan, berbentuk segi empat dengan saiz lebih kurang 2 kaki persegi)dan dengan cepat sorang tukang cokak akan menceduk gasing dengan menggunakan penceduk daripada kayu dan terus diletakkan di atas lopak (tempat gasing berputar) dan sedikit pelincir diberi.

Creator

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_uri

Source

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_uri

Publisher

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_uri

Hyperlink Item Type Metadata

Files

Citation

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_uri, “Gasing Uri,” Digital Kelantan Collection, accessed November 27, 2022, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/33.