Warisan Kelantan 22 (XXII)

Dublin Core

Title

Warisan Kelantan 22 (XXII)

Subject

Warisan Kelantan

Description

Mengandungi tajuk-tajuk seperti:

 

Orang Asli Sungai Rual

Kampung atau Pos Sungai Rual adalah sebuah kampung yang terletak di kawasan hutan pedalaman di Jeli, Kelantan. Pos Sungai Rual dibahagikan kepada tiga buah kampung kecil yang ditadbir oleh penghulu masing-masing dan beberapa penyediaan kemudahan asas seperti sekolah, dewan serbaguna, surau dan bekalan air, kesihatan dan elektrik turut disediakan. Penduduk kampung mengamalkan aktiviti ekonomi seperti mengutip hasil hutan, menangkap ikan, menternak, menanam getah, kelapa sawit dan buah-buahan...

Penulis Abdullah Mamat     

 

Kampung Cina Bekalan

Gambaran tentang Kampung Cina Bekalam di dalam tajuk ini dimulakan dengan latar belakang, sejarah, kedudukan, sejarah banjir besar, sistem hubungan antara keluarga dengan keluarga yang lain, asal usul nama dan keindahan alam semula jadi yang terdapat di kampung ini…

Penulis Lau Siu Pian

 

Komuniti Cina Wakaf Baharu

Penduduk di Kampung Wakaf Bharu didiami oleh tiga kumpulan etnik yang utama iaitu Melayu, Cina dan Siam. Tajuk ini memfokuskan tentang komuniti Cina di kampung ini yang mengamalkan budaya mereka seperti gaya hidup, bahasa pertuturan, pakaian, makanan, perkahwinan, pekerjaan dan pergaulan harian yang diamalkan oleh kelompok ini…

Penulis Yeo Hun Chew

 

Kampung Siam Semerak

Tajuk ini mengisahkan tentang  latar belakang geografi dan penduduk kampung Siam Semerak berserta kegiatan ekonomi, pengamalan agama, pelajaran, kesedaran politik dan kemudahan infrastruktur yang terdapat di kampung tersebut.

Penulis Kejiam a/p Perak Kiau


 

Keturunan Syed di Kelantan

Keturunan Syed di Kelantan disebabkan faktor kemasukan Islam ke Kelantan dan keturunan syed ini terdiri daripada beberapa keturunan termasuklah keturunan al- Yahya dan keturunan al-Bismit di mana kedua-dua keturunan ini daripada Rasulullah. Di Kelantan, keturunan Syed telah menubuhkan Persatuan al-Amin malah keturunan ini sentiasa menjaga keturunan mereka yang dianggap mulia…

Penulis Sharifah Zurina Syed Agir @ Syed Akil


 

Kampung Bendang Kerian : Perubahan Teknologi Dalam Penanam Padi

Kampung Bendang Kerian ialah sebuah perkampungan Melayu  yang terletak di dalam mukim Bendang Kerian terdiri daripada tiga buah kampung selain kampung ini iaitu Kampung Alor Tal dan Kampung Binjal. Tajuk ini menceritakan tentang sejarah asal usul kampung ini,  latar belakang penduduk, kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk kampung, dan penggunaan teknologi moden dalam pertanian yang sudah mendapat tempat di kalangan petani di kampung ini…

Penulis Hashimah Mat Kasim

Creator

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Publisher

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Date

2007

Contributor

Bhg Koleksi Khas PPI UMK

Rights

Hak cipta : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Format

book

Language

malay

Type

Texts
Images

Identifier

DS598 .K3 W37 2007 kel

Files

Collection

Citation

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan , “ Warisan Kelantan 22 (XXII) ,” Digital Kelantan Collection, accessed March 30, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/336.