Warisan Kelantan 23 (XXIII)
Dublin Core
Title
Subject
Description
Description:
Mengandungi tajuk-tajuk seperti:
Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas : Pusat Pengajian Tradisional
Pondok ini telah ditubuhkan oleh Allahyarham Tok Guru Haji Abd. Rahman bin Haji Che Wan pada tahun 1932 dan didirikan di atas tanah sebidang tanah wakaf yang diberikan oleh keranjaan. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada dua orang guru yang lain selain Tok Guru Haji Ab. Rahman iaitu Haji Daud bin Jambul dan Haji Yusof bin Haji Taib...
Penulis Mohd. Saki Mat Nor
Pondok Bukit Gading : Pusat Pengajian Warga Emas
Turut dikenali sebagai pondok Darul Ilmi, pondok ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Tok Guru Haji Muhammad Che Awang di atas sebidang tanah seluas lima ekar. Ahli-ahli jawatankuasa dalam struktur pentadbiran dan organisasi di pondok ini adalah terdiri daripadamahli-ahli pondok itu sahaja. Pengasas pondok ini adalah Tok Guru Haji Muhammad Che Awang dan turut dibantu oleh tiga orang guru pembantu…
Penulis Mohd. Yusni Yusuf
Pengajian Pondok Moden Yayasan Islam Kelantan
Tajuk ini ditumpukan khas khusus kepada institusi pendidikan pondok bentuk moden yang ditadbirkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Matlamat asas penubuhan PPP YIK ini adalah bagi mengekalkan dan mempopularkan semula sebuah institusi pengajian agama tradisional di Kelantan selain melahirkan ulama berkemampuan dalam memahami isi kandungan kitab-kitab lama dalam pelbagai ilmu…
Penulis Mohazni Yanti Hambali
Aliran Pemikiran Haji Wan Ali Bin Haji Wan Abdul Rahman Dalam Kitab-Kitabnya
Membincangkan aliran pemikiran Haji Wan Ali Bin Haji Wan Abdul Rahman dalam kitab-kitabnya. Terdapat beberapa aliran pemikiran Haji Wan Ali Bin Haji Wan Abdul Rahman yang dibincangkan di dalam tajuk ini termasuklah pemikiran dari segi aliran Tasawuf, aliran Usuluddin, aliran Syariah…
Penulis Siti Norma Latif
Haji Ghazali dan Pondok Pulai Chondong
Allahyarham Haji Ghazali bin Ismail dilahirkan di Kampung Batu Tiga, Repek, Pasir Mas pada tahun 1917 dan beliau dikatakan berasal daripada Pakistan serta mendapat pendidikan di Patani. Sistem pendidikan yang dijalankan oleh Haji Ghazali di pondok beliau pula adalah menggunakan sistem halaqah di mana murid-murid duduk bersila dalam satu bulatan melingkungi tok guru dalam satu bulatan sewaktu belajar…
Haji Daud bin Haji Omar Al-Libadi Al-Kelantan : Seorang Tokoh Sufi
Haji Daud bin Haji Omar merupakan salah seorang ulama tasawuf dan terekat ahmadiyyah yang amat popular di Kelantan. Beliau dilahirkan di Kampung Limbat dan digelar sebagai al-Libadi . Beliau mempunyai beberapa guru utama sebagai panduan iaitu Tok Bachok dan Tok Kenali…
Penulis Zaujan Mamat
Creator
Publisher
Date
Rights
Format
Language
Type
Images