Warisan Kelantan 24(XXIV)
Dublin Core
Title
Subject
Description
Dato’ Haji Ahmad Maher bin Haji Ismail : Peranan dan Sumbangan Sebagai Pengarang Majalah Pengasuh
Nama sebenar Dato’ Haji Ahmed Maher bin Haji Ismail ialah Ahmad bin Haji Ismail bin Haji Abdul Hamid dan mendapat kelulusan Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia) Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang pengarang Majalah Pengasuh yang merupakan akhbar pertama diterbitkan di Kelantan dan penerbitannya dibuat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan...
Penulis Ghazali bin Ismail
Abdul Kadir Adabi: Pemikiran Mengenai Wanita dan Bahasa
Merupakan seorang penulis kreatif negeri Kelantan yang aktif menulis sekitar tahun 1920-an hingga 1944. Beliau merupakan seorang pemikir mengenai wanita dan bahasa dan di antara pemikiran adabi dalam aspek wanita dan bahasa Melayu termasuklah memajukan pelajaran bagi wanita dan pembelaan terhadap bahasa Melayu…
Penulis Zulkapli bin Abdul Ghani
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Ayer Lanas, Kelantan, 1956-1960 : Sorotan Peringkat Awal.
Tajuk ini membincangkan tentang penubuhan LKPT Ayer Lanas, senarai AJK sekolah umum Ayer Lanas pada peringkat awal, kegunaan tanah LKTP Ayer Lanas pada peringkat awal, jumlah penduduk Kelantan dari luar jajahan Tanah Merah yang terpilih ke LKPT Ayer Lanas, jenis mata tunas, seta banyak ela serta keluasan ekar yang ditanam di Ayer Lanas…
Penulis Hamdan Hj. Aziz
Ancaman Malaria di Kelantan : Satu Tinjauan Tiga Dekad Yang Kritikal, 1911-1939
Malaria merupakan salah satu penyakit yang mengancam kesihatan penduduk berdasarkan laporan tahunan dan laporan perubatan negeri Kelantan. Faktor utama penularan Malaria di Kelantan pula adalah disebabkan oleh penerokaan tanah baru dan kawasan hutan malahan faktor ini membawa kepada penyakit demam malaria…
Penulis Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd. Rus
Struktur Sosial dan Ekonomi Kelantan di Ambang Kolonial
Struktur sosial dan ekonomi di Kelantan sewaktu di ambang kolonial dilihat melalui beberapa elemen iaitu dari segi landskap dan kegiatan ekonomi, pusat-pusat perdagangan, struktur kelas dalam masyarakat Melayu tradisional serta pemusatan kuasa dan birokrasi yang menyebabkan berlakunya modenisasi awal di Kelantan…
Penulis Hanapi Dolah
Sultan Muhammad IV, 1900-1920 dan Sultan Zainal Abidin III, 1881-1918 : Hubungan di Antara Kelantan dengan Terengganu
Sultan Muhammad IV atau nama tubuhnya Long atau Raja Senik ialah putera Sultan Muhammad III dan menduduki takhta kerajaan Kelantan menggantikan Sultan Mansur yang mangkat pada tahun 1900. Sultan Zinal Abidin Ibni Sultan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sultan Zainal Abidin III pula menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1881…
Penulis Abdullah Zkaria bin Ghazali
Creator
Publisher
Date
Rights
Format
Language
Type
Publisher: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Date: 2007
Type:
Texts
Images