Seman Mamat
Dublin Core
Title
Seman Mamat
Subject
Tokoh Dikir Barat
Description
Seman Mamat lebih dikenali sebagai Seman Wau Bulan berasal daripada Kampung Belukar Beta Hulu. Beliau merupakan seorang tokoh dikir barat dan menjadi ikon kepada pendikir-pendikir di negeri Cik Siti Wan Kembang, negeri Kelantan.
Beliau memulakan karier sebagai pendikir setelah terlibat bersama rakan-rakan dalam kumpulan "Puak Kampung Kubang Tin" di peringat pada tahun 1958. Beliau berguru dengan Pak Leh Tapang dan Hussin Belimbing. Gelaran tersendiri iaitu Wau Bulan di ambil berdasarkan kaitan dan asal-usul Hikayat Dewa Muda. Gelaran inilah yang membawa beliau ke puncak karier beliau sebagai pendikir.
Lagu Wau Bulan yang sentiasa dibawanya di akhir setiap persembahan adalah sebagai tanda memohon maaf kepada orang ramai sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan. Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Creator
https://sejarahkelantan.wordpress.com
Source
https://sejarahkelantan.wordpress.com
Date
21/03/2018
Contributor
Seksyen Koleksi Khas dan Institusi
Format
Teks
Language
Bahasa Melayu
Files
Collection
Citation
https://sejarahkelantan.wordpress.com, “Seman Mamat,” Digital Kelantan Collection, accessed March 30, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/3734.