KATOR

Dublin Core

Title

KATOR

Subject

KUIH MUIH TRADISI KELANTAN

Description

Kuih tradisional Kelantan yang semakin jarang dijumpai. Ia dihasilkan dari tepung beras dan dimakan bersama air gula melaka. Biasanya kuih ini ditabur dengan kelapa parut serta beras pulut goreng sebelum dimakan. Lebih istimewa kuih ini menggunakan gambir sebagai bahan pewarna serta memberikan rasa yang unik.

BAHAN A:
  • 250gm tepung pulut
  • 180ml air
BAHAN B:
  • Gambir sebesar ibu jari 
  • 60ml air panas 
  • 1/2 sudu teh air kapur
(Larut semua dan tapis)

SIRAP GULA MELAKA
  • 120gm gula merah 
  • 50gm gula pasir
  • 150ml air
(Satukan semua bahan, larutkan dan tapis)

sampingan:
  • 100gm beras pulut - sangai hingga garing
  • 1/2 biji kelapa parut (campur dengan sedikit garam)
CARA MEMASAK:
  1. Satukan bahan A dan B. Uli hingga jadi doh.
  2. Didihkan air dalam periuk.
  3. Gentelkan doh seperti buah melaka. Masukkan ke dalam air. Rebus sehingga doh timbul.
  4. Angkat dan toskan air. Golek dalam kelapa parut hingga tersalut sempurna.
  5. Untuk menghidang, tabur beras pulut sangai dan tuang sirap gula merah.
  6. Sedia untuk dinikmati.


Creator

http://www.rasa.my

Source

http://resepicitarasawan.blogspot.com

Publisher

http://www.rasa.my

Date

03/04/2018

Contributor

Seksyen Koleksi Khas dan Institusi

Rights

http://www.rasa.my

Language

Bahasa Melayu

Files

KATO.png

Citation

http://www.rasa.my, “KATOR,” Digital Kelantan Collection, accessed March 30, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/3737.