TERESEK

Dublin Core

Title

TERESEK

Subject

Lauk Pauk Negeri Kelantan

Description

Sejenis hidangan sampingan diperbuat daripada jantung pisang yang biasanya disediakan di majlis-majlis kenduri pada zaman dahulu. Untuk menyediakannya, jantung pisang akan dihiris, kemudian dimasak bersama serbuk kari serta bahagian-bahagian ayam yang biasanya tidak dimasak sewaktu kenduri. Contohnya seperti tengkuk, kaki, hempedal dan hati. Sekarang, masih ada yang menyediakan hidangan ini tapi tidak selalunya ada. Rasanya seakan rendang atau kari pekat.

BAHAN-BAHAN:
  • 1 Tongkol jantung pisang (dibelah dua dan kerat melintang halus-halus).
  • 1 mangkuk besar campuran organ ayam (seperti hati,pedal,jantung,leher dan kaki ayam dipotong kecik)
  • 2 sudu besar rempah gulai darat (boleh digantikan dengan rempah gulai kawan atau kari daging)
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji cili kering
  • 1 sudu besar rempah ketumbar
  • 3-4 sudu kerisek
  • 1 kotak 200 ml santan
  • 2 keping asam gelugor/asam keping
  • sedikit budu (terpulang untuk diletak atau tidak)
  • Garam dan Gula
CARA MEMASAK: (Caranya seperti memasak gulai darat Kelantan)
  1. Hiris jantung pisang. Untuk mengelakkan jantung pisang menjadi hitam, rendamkan dalam air garam sebaik dipotong. Ramas dan perahkan sebelum dicelur dalam air yang banyak bersama sedikit garam. Celur hingga lembut, tapiskan dan perah. Ketepikan.
  2. Kisar semua bawang, cili, halia, lengkuas dan Ketumbur.
  3. Masukkan bahan mesin dalam kuali bersama-sama bahan ayam.
  4. Masukkan juga rempah gulai darat/kari. Masak hingga naik bau.
  5. Masukkan santan,asam keping dan garam/budu serta gula. Masak hingga pecah minyak.
  6. Masak hingga kuah pekat/bahan menjadi lembab sedikit.

Creator

http://www.rasa.my

Source

http://duniacikguwan.blogspot.my

Publisher

http://www.rasa.my

Date

03/04/2018

Contributor

Seksyen Koleksi Khas dan Institusi

Rights

http://www.rasa.my

Language

Bahasa Melayu

Files

teresek.JPG

Citation

http://www.rasa.my, “TERESEK,” Digital Kelantan Collection, accessed March 30, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/3738.