ASAM GUMPAL

Dublin Core

Title

ASAM GUMPAL

Subject

Kuih Muih Tradisi Kelantan

Description

Kuih Asam Gumpal merupakan sejenis manisan tradisional yang dibuat menggunakan sagu mata ikan, dimasukkan inti dan dimasak dalam kuah santan manis. Ia sangat laris dn menjadi pilihan ramai terutamanya di bulan puasa.

BAHAN-BAHAN:
  • 1 cawan sagu
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu makan halba
  • gula secukup rasa
  • secubit garam
INTI:
  • Kacang hijau secukupnya rasa 
  • Secubit garam
CARA MEMASAK:
  1. Basuh sagu rendam sehingga kembang. Kemudian  kukus hingga separuh masak. Sejukkan.
  2. Bagi menyediakan inti, rebus kacang hijau hingga lembut dan masukkan gula. Masak hingga inti kering.
  3. Ambil sagu dan masukkan inti. Jadikan seperti bentuk bebola.
  4. Masukkan santan ke dalam periuk, masukkan halba, garam dan gula dengan secukup rasa. Bila kuah dah sedikit mendidih serta gula larut, masukkan sagu yang digumpal tadi.
  5. Masak hingga sagu masak sepenuhnya. Sedia untuk dinikmati.

Creator

http://www.rasa.my

Source

http://kisahsayatulis.blogspot.my

Publisher

http://www.rasa.my

Date

03/04/2018

Contributor

Seksyen Koleksi Khas dan Institusi

Rights

http://www.rasa.my

Language

Bahasa Melayu

Files

asam gumpal.jpg

Citation

http://www.rasa.my, “ASAM GUMPAL,” Digital Kelantan Collection, accessed March 30, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/3739.