kuih Kerbau Guling (kuba Guling)

Dublin Core

Title

kuih Kerbau Guling (kuba Guling)

Subject

Kuih Muih Tradisi Kelantan

Description

Menular beberapa minggu lalu, berita kuih yang dibuat berasaskan arang tempurung kelapa itu awalnya dikenali kuih hitam atau koleh hitam.

Berkongsi rahsia, peniaganya berkata kuih jualannya itu bagaimanapun resipi ayahnya sejak 31 tahun lalu. Dipanggil dengan nama begitu kerana kuih ini digolekkan di dalam kelapa parut seperti kerbau berendam. Kuih ini tular selepas dimuat naik ke laman sosial menyebabkan orang ramai memanggilnya kuih kerbau guling.

Pelanggan kuih dengan tekstur lembut itu bukan sahaja dari Rantau Panjang, malah ada dari Kota Baru, Machang, Gua Musang dan juga luar Kelantan. Mereka kebanyakan mengetahui tentang kerbau guling selepas ia dimuat naik pelanggan di media sosial. Resepi untuk kuih kerbau guling disertakan di bawah:

Bahan A:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
⅓ cawan beras pulut
200 ml susu UHT Full Cream Milk
½ cawan santan pekat
1½ litter air
2 biji tempurung kelapa ( bakar, tumbuk dan tapis, kita guna air hitam dia sahaja. Ambik yang atas. )
Atau pun korang boleh gantikan dengan 2 sudu kecil Bamboo Charcoal Powder atau 3 uncang kopi segera. (masukkan dalam campuran sukatan air)
1 sudu kecil kapur makan
¾ cawan gula pasir

Bahan B:

½ kg kelapa parut
Garam sikit
Beras pulut ( di goreng )

Cara Buat Kuih Kerbau Guling:

1. Gaul tepung jagung, tepung beras pulut bersama tepung beras hingga sebati.
2. Masukkan air debu tempurung, kapur makan ( bancuh dengan ½ cawan air dari sukatan 1½ litter air ).
3. Tuang semua bancuhan ke dalam kuali dan masukkan gula.
4. Kacau sampai pekat.
5. Bila sudah masak, masukkan adunan ke dalam loyang size 8 yang telah digris minyak.
6. Dah masak, biarkan sejuk seketika.
7. Apabila dah sejuk, potong dan gulingkan atas kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
8. Taburkan beras pulut yang telah kita goreng tadi. Siap.

Tips:
Jangan lupa untuk sapukan juga minyak pada permukaan kuih kerbau guling agar ianya tidak mudah kering dan keras.


Creator

https://ninamirza.com

Source

https://ninamirza.com

Publisher

https://ninamirza.com

Date

5/06/2018

Contributor

Seksyen Koleksi Khas dan Institusi

Rights

https://ninamirza.com

Format

Text

Language

Bahasa Melayu

Files

IMG_20180528_184433.jpg
Kuih kuba guling merebak ke Kuala Terengganu - Terengganu - Sinar Harian.pdf

Citation

https://ninamirza.com, “kuih Kerbau Guling (kuba Guling),” Digital Kelantan Collection, accessed March 25, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/3746.