Long Yunus
(Pengasas Kesultanan Kelantan Moden)
1773-1794

Dublin Core

Title

Long Yunus
(Pengasas Kesultanan Kelantan Moden)
1773-1794

Subject

Lintasan Sejarah dan Penglibatan Institusi DiRaja Dalam Pembangunan Negeri Kelantan

Description

Pada tahun 1776 Long Yunus iaitu putera kepada Long Sulaiman ditabalkan dengan rasminya menjadi Raja Kelantan. Baginda telah berjaya merampas takhta Kerajaan Kelantan daripada Long Muhammad dalam satu peperangan yang sengit dalam tahun 1762. Dalam peperangan tersebut Long Muhammad telah mati dibunuh oleh Long Yunus sendiri.

            Selepas kemenangan ini baginda Long Yunus telah dilantik menjadi Raja Kelantan dan terus menjadikan Kota Kubang Labu sebagai pusat pemerintahannya. Dalam jangka waktu 14 tahun, Baginda menumpukan perhatian dalam usaha-usaha mententeramkan keadaan huru-hara yang masih belum reda dalam negeri.

            Setelah keadaan aman dan selamat maka dalam tahun 1776 Baginda Long Yunus telah rasminya ditabalkan sebagai Raja Kelantan oleh Sultan Mansur Shah Terengganu.

            Dalam tahun 1777 Long Yunus telah mengambil keputusan untuk memindahkan pusat pemerintahannya dari  Kota Kubang Labu ke tempat yang baru. Tempat yang baru dipilih ini dikenali dengan nama Kota Pengkalan Galuh (kini dikenali dengan nama Kota Lama) tidak berapa jauh daripada Kota Kubang Labu.

            Pada masa pemerintahan Long Yunus, Baginda telah mengurniakan jawatan “Engku Seri Maharaja Perdana Menteri” kepada sahabat karibnya Long Ghaffar yang banyak berjasa dan membantunya dalam peperangan merampas kembali takhta Kerajaan Kelantan. Long Ghaffar yang mempunyai kuasa pemerintahan yang luas dari kawasan Jeram sebagai pusat pemerintahannya.

            Dengan kegigihannya, Baginda berjaya meyatupadukan seluruh Negeri Kelantan di bawah satu panji-panji pemerintahan sahaja. Jasa-jasa Baginda yang besar ini menjadi kenangan yang abadi kepada pemerintah-pemerintah Kelantan yang menaiki takhta selepasnya.

            Baginda Sultan Muhammad IV telah mengabadikan nama Long Yunus kepada nama Bintang Kehormat untuk Kearabat D’raja Yang Amat Dihormati “Al-Yunusi”.

            Baginda Raja Long Yunus mangkat dalam tahun 1794 ketika berusia 93 tahun setelah memerintah Kelantan dengan adil dan saksama menempuh berbagai cabaran dan peristiwa penting. Baginda telah dimakamkan di makam D’Raja, Kota Bharu.

Creator

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Source

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Publisher

Seksyen Koleksi Khas dan Institusi

Date

9 Februari 1999

Contributor

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Format

Buku

Language

Bahasa Melayu

Files

Citation

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, “Long Yunus (Pengasas Kesultanan Kelantan Moden) 1773-1794 ,” Digital Kelantan Collection, accessed February 3, 2023, http://digitalkelantancollection.umk.edu.my/koleksikelantan/items/show/3748.