Long Muhammad
(Putera long Yunus sebagai Sultan Muhammad I)
1801-1836
Dublin Core
Title
(Putera long Yunus sebagai Sultan Muhammad I)
1801-1836
Subject
Description
Long Muhammad adalah putera sulong kepada Long Yunus. Baginda menaiki takhta pada 1801M. Baginda adalah seorang raja yang gemar membuat amal kebajikan. Setiap tahun baginda Sultan Muahmmad I mengeluarkan sedekah dan khairat untuk faedah rakyat di dalam dan luar Negeri Kelantan. Untuk luar negeri Baginda bermurah hati mendirikan rumah-rumah wakaf di Mekah, Jeddah dan Madinah.
Baginda seorang raja yang mandul, tidak ada zuriat untuk menyambung warisan takhta kerajaan. Oleh sebab itu selepas kemangkatannya Baginda digelar Marhum Mandul, di samping gelaran Marhum Tua. Semasa hayatnya Baginda telah mengambil anakanda saudaranya Tuan Senik Mulut Merah, yang bergelar Raja Temenggong Aria Pahlawan, Putera Long Tan Temenggong sebagai anak angkat dan tinggal bersama-sama Baginda di istana. Ayahanda Tuan Senik Mulut Merah iaitu Long Tan Temenggong telah mangkat terbunuh ketika menjalankan tugasnya di Galas.
Setelah memerintah selama 36 tahun, maka Baginda Long Muhammad yang bergelar Sultan Muhammad I telah jatuh gering dan mangkat pada tahun 1837M (29 Safar 1251H). Baginda mangkat dengan meninggalkan jasa dan bakti yang besar yang tidak ternilai harganya, terutamanya sekali sebagai wira yang telah berkorban mempertahankan takhta kerajaan Negeri Kelantan supaya terus berkekalan berada dalam kekuasaan pewaris takhta yang berhak mewarisinya. Baginda menggadai nyawa Baginda sendiri dan dengan semangat yang gigih yang penuh keperwiraan. Bagi mengingati jasanya yang besar itu, pewaris takhta yang kemudian, iaitu Sultan Muhmmad IV telah mewujudkan “Bintang Darjah Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia” yang dinamakan “Al-Muhammadi” mengambil sempena nama Baginda Sultan Muhammad I.
Bintang-Bintang itu diadakan dalam tiga darjah, iaitu satu dua dan tiga. Di Samping itu baginda juga berjaya membina asas kemajuan yang penting untuk Negeri Kelantan berkembang maju di zaman-zaman berikutnya dan muncul sebagai sebuah kerajaan yang bebas dan berdaulat.