Long Senik Mulut Merah
(Putera Long Tan Temenggong sebagai Sultan Muhammad II)
1836 – 1886
Dublin Core
Title
(Putera Long Tan Temenggong sebagai Sultan Muhammad II)
1836 – 1886
Subject
Description
Long Senik adalah putera Long Tan Temenggong (adinda Muhammad I) yang mangkat terbunuh di Galas, Ulu Kelantan ketika menjalankan tugasnya. Baginda Long Senik telah diambil dan dijadikan anak angkat semasa Long Tan Temenggong masih hidup. Baginda tinggal bersama-sama dengan Sultan Muhammad I di istana sebagai bakal pewaris takhta Kerajaan Kelantan, kerana mewarisi takhta kerajaannya. Baginda Sultan Muhammad telah menyampaikan hasrat kerajaannya. Baginda Sultan Muhammad telah menyampaikan hasrat Baginda itu kepada Raja Siam.
Baginda mempunyai empat orang adik beradik, Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II), Tengku Long Nik Gagap (Tengku Sri Indera), Tengku Tuan Bongsu (Raja Muda Penambang), dan Tuan Kota (Tengku Senik).
Pada tahun 1844, Baginda berangkat bersemayam di Istana yang baru dibina dipanggil “Kota Bharu”. Akhirnya kota dan istana yang baru ini telah berkembang menjadi pusat pentadbiran dan pemerintahan dan ibu Negeri Kelantan. Bagi mengelakkan kekeliruan di mana dua tempat mempunyai nama yang serupa iaitu Kota Bharu sebagai Kota Istana dan Kota Bharu sebagai Negeri, maka Baginda berkenan menamakan Kota Istana sebagai “Istana Balai Besar” dan Kota Bharu sebagai ibu Negeri Kelantan.
Setelah memerintah selama kira-kira 48 tahun, maka Baginda Sultan Muhammad II telah jatuh gering buat beberapa lama kerana sakit tua, yang membawa kemangkatan Baginda pada tahun 1886M (1304H). Baginda dimakamkan di Permakam D’Raja Langgar. Selepas kemangkatan itu Baginda dikenali dengan gelaran “Marhum Mulut Merah” ataupun “Sultan Muhammad Mulut Merah”.