Long Sulong
(Putera Long Senik Sebagai Sultan Ahmad)
1886-1889
Dublin Core
Title
(Putera Long Senik Sebagai Sultan Ahmad)
1886-1889
Subject
Description
Long Sulong adalah putera sulong kepada Sultan Muhammad II. Selepas kemangkatan ayahandanya dalam tahun 1886, Baginda Long Sulong telah ditabal menjadi raja dengan memakai gelaran Sultan Ahmad. Selain itu Baginda juga dikenali dengan gelaran Sultan Tengah.
Sewaktu menaiki takhta kerajaan, Baginda Long Sulong telah lanjut usianya. Ini disebabkan ayahandanya Sultan Muhammad II memerintah pada jangkamasa yang panjang iaitu selama 48 tahun.
Dalam masa pemerintahan Baginda yang singkat itu, Baginda tidak dapat melakukan banyak kemajuan. Namun begitu, Baginda meneruskan pemerintahan yang diasaskan oleh Sultan Muhammad II yang berjalan dengan aman dan makmur.
Pada tahun 1887, Baginda Sultan Ahmad telah memerintah supaya dibina sebuah Istana di halaman Istana Balai Besar (Istana Jahar) untuk Putera Sulong Baginda Tengku Kundur yang bergelar Raja Bendahara. Istana ini sekarang dijadikan Muzium Negeri.
Pada tahun 1887, Baginda Sultan Ahmad telah memerintah supaya dibina sebuah dibina sebuah Istana sebuah Istana di halaman Istana Balai Besar (Istana Jahar) untuk Putera Sulong Baginda Tengku Kundur yang bergelar Raja Bendahara. Istana ini sekarang dijadikan Muzium Negeri.
Setelah memerintah selama 4 tahun, baginda Sultan Ahmad atau Long Sulong telah kembali ke rahmatullah. Jenazah Baginda telah dimakamkan di makam D’Raja Langgar, Kota Bharu.